Monday, February 10, 2014

driver kental..

bulan ni genap 5 bulan aku bekerja kat KAZ Engineering. dalam masa 5 bulan ni jugak belum ada kompeni lain yang sudi terima aku untuk bekerja. beratus resume aku hantar. tapi satu pon tak mengena. aku sendiri tak tau mana salah dan silap aku. mungkin belum ada rezeki. aku redha dengan apa yang berlaku. bak kata ibu belajar lah dulu kat KAZ apa yang patut. nanti bila dah ada rezeki laen sekurangnyer dah ada pengalaman. huhu.

dalam 5 bulan ni jugak aku mula menjadi pemandu tegar. boleh kata hari2 kena drive jauh. mula2 dari Klang ke Sungai Buloh setiap hari isnin. Klang ke Shah Alam masa bulan yang pertama. Sungai Buloh ke Tanjung malim bulan berikutnyer sampai sekarang. kadang2 dari Klang ke Tanjung Malim pon ada. agak2 jauh tak..??

Kampung Pendamar Klang - Proton Shah Alam = 36km
Kampung Pendamar Klang - Bukit Rahman Putra Sungai Buloh= 100km
Bukit Rahman Putra Sungai Buloh - Proton Tanjung Malim = 160km
Kampung Pendamar Klang - Proton Tanjung Malim = 230km

jarak kat atas ni adalah jarak pergi dan balik dan kebanyakan perjalanan aku drive sorang2. believe it or not. aku sendiri tak menyangka aku akan jadi driver sekental macam ni. alhamdulillah aku masih selamat walaupon kadang2 kecut perut gak bila kena hon. sabar jela. yang paling memenatkan kalau traffic jamp. adeih menguji kesabaran sungguh


tak pasal2 milage naik mendadak. dalam 5 bulan ni jer dah 3 kali kereta kena servis.


baru je nak mengekalkan rekod tanpa saman. tapi last2 kena gak saman dengan MBSA. dalam masa 5 bulan ni 5 kali dah kena saman parking. adeih.


belum dikira kecederaan yang berlaku. kesian kereta aku calar balar. tuan dia tak mampu lagi nak hantar kedai untuk touchup balik.. heeee~


jauh perjalanan luas pemandangan. sekurangnyer aku dah mampu untuk drive jauh2. hajat di hati nak cuba bawak sampai ke kuantan. tapi masih belum berjaya mendapat kepercayaan dari ibu ngan apak. insyaAllah satu hari nanti. huhu.


hadiah untuk bulan ni kad touch and go baru. yang bestnyer 'Its a Doraemon World...'


teringin nak cat kereta dengan warna biru.. huhu..

2 komen dari peminat setia:

Cik Aish said...

hai dear...hehe lama tk sggah sini gak..

gadis melayu said...

Cik Aish: hehe.. rindu time dulo2.. time boleh blogwalking biler2 mase.. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez