Monday, January 20, 2014

doa2 janganla mimpi ni jadi kenyataan.. nightmare..!!!!


baru2 ni aku dikejutkan dengan mimpi yang amat menakutkan. ayat tak boleh belah. bukan mimpi pasal hantu. sebab mimpi pasal hantu tu dah rare sangat. siapa je yang tak pernah mimpi hantu kan. tapi mimpi kali ni buat aku sampai tak boleh nak tidur esoknyer. fikirkan betapa mendalamnyer maksud mimpi tu. jap.. ada maksud ke. harap2 cuma khayalan mimpi semata.

**********

waaa.. banyaknyer makanan sedap2. macam tau2 jer aku ni suka makan. ramai betul orang datang. ada kenduri ke. tapi kenduri apa..?? tapi aku peduli apa. janji dapat makan sedap2. tengah syok2 pandang makanan tiba2 ada mak cik ni tegur. laaa ni apasal tak siap lagi ni. siapp..?? siap untuk apa..??

rupanyer majlis tu sebenarnyer majlis perkahwinan aku sendiri. tapi kenapa aku tak tau?? dah tu kelam kabut semua suruh aku siap. tengah siap2 tiba2 aku dapat pangilan. pangilan dari seorang lelaki yang mengatakan yang dia tak dapat terima aku sebagai isteri dia. katenyer aku bukan untuk dia. 

dia dah pun berkahwin dengan perempuan lain. masa tu aku sendiri tak tau nak buat apa. nak kata aku sedih pon tak, menangis pon tak. aku jadi blur. aku telefon bestfriend aku. rupa2nya kebetulan hari tu jugak merupakan hari bahagia dia. disebabkan aku tak nak spoilkan hari bahagia dia aku tak jadi bercerita. aku jadi dungu. yang pelik orang sekeliling pon macam tak hiraukan apa yang terjadi. macam tak de benda berlaku.

********** 

sedar2 aku terjaga sebab dikejutkan oleh ibu untuk sembahyang subuh. rupanyer semua tu mimpi semata. syukur bukan kenyataan. tapi effect dari mimpi tu masih ada lagi. mimpi tu buat aku jadi tak keruan. memikirkan masa depan.

seorang demi seorang kawan aku post pasal pertunangan. seorang demi seorang create event untuk menjemput. seorang demi seorang dah mula berisi. tapi aku jugak yang masih sorang2.


alaaa.. siapa suruh kau jual mahal sangat..???

wei ingat aku ni barang ke nak main jual2. tak de maknanyer nak jual mahal murah.

kau memilih sangat kot..???

masalahnyer aku tak berpeluang pon nak memilih.

cubalah mencari..???

memang tak salah untuk perigi carik timba zaman sekarang ni. tapi semua orang sekeliling aku dah berpunya.

kenapa tak cuba carik online..???

aku dah banyak kali kena tipu. serik aku dibuatnyer.

sabar la hati. sabar la jiwa. aku redha dengan ketentuan Allah. aku tau jodoh pertemuan di tangan Allah. tapi aku hanya manusia biasa yang tak boleh lari dari perasaan resah dan risau bila memikirkan soal jodoh. ampunkan aku Ya Allah.

Rabbana hab lana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yunin waj-’alna lil-muttaq├«na imama.  
Artinya, "Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa". (QS. Al-Furqan: 74).

Amin Ya Allah..


2 komen dari peminat setia:

najihah sahami said...

haha.baik punya mimpi ye.

gadis melayu said...

najihah sahami: haha.. mengarut punya mimpi.. heeee~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez