Redha bukan bermaksud aku menyerah..

9:00 AM


Aku suka menulis. menulis atas dasar suka2 walaupon belum tentu ada yang nak baca. aku suka bercerita walaupon tak ramai yang mendengar. jadi blog ni menjadi tempat aku meluahkan semuanya. tapi aku seorang yang malas menaip. jap bukan malas tapi kadang2 bila tangan dah ada atas papan kekunci tetiba kepala otak aku jadi blurr. tak tau nak tulis apa. padahal sebelum tu banyak benda bermain dalam kepala. susah sebenarnyer nak jadi penulis blog ni. heeeeee~

apa2 pon aku dah mula redha dengan ketentuan Allah keatas diri aku. tak semestinyer kau belajar tinggi2 then keluar2 je boleh terus jadi kaya. sebenarnyer tu baru permulaan untuk semua benda. jadi nak tak nak aku kena berusaha lebih kuat untuk capai apa yang aku hajati. duit RM10 dalam satu hari belum tentu boleh dapat tapi RM1000 kalau salah guna tak sampai 1 minit boleh habis macam tu je. sabar jela.


aku masih mahu tersenyum seperti dulu. yang sebenarmya aku mahukan diri aku yang dulu. selalu ceria walaupon banyak masalah melanda. sentiasa berfikiran positif. bukan macam sekarang asyik risau je tentang masa depan. mungkin perubahan ni berlaku sebab aku sudah mula matang dalam memikirkan soal masa depan. aduhai cepat betul masa berlalu.

Ya Allah hanya padaMu aku menyembah dan hanya padaMu aku mohon pertolongan. kuatkanla diriku dalam menjalani kehidupan ini. tunjukkanlah padaku jalan yang benar. janganlah Kau pesongkan hatiku setelah Kau berikan Hidayah padaku. sesungguhnya Engkau lah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Welcome Future..^_^



You Might Also Like

2 komen dari peminat setia