Jangan berkira

9:26 AM


tazkirah jumaat harini. "Jangan berkira"

korang pernah tak hadapi situasi di mana asyik korang je yang kena bayar. pergi makan kena bayar. pergi tengok wayang kena bayar. kalau keluar asyik pakai kereta korang. benda ni selalu terjadi kat lelaki kan. katenyer lelaki tak gentleman kalau tak keluar duit untuk perempuan. tapi jarang aku dengar dorang2 ni kurang duit masa dating. lagi2 jenis yang tak berkira ni.

rezeki Allah tu luas. aku akhir2 ni mula belajar untuk tak berkira. kadang2 hutang seposen dua tu aku halalkan je. cuma aku belom mampu nak belanja kawan2. tapi baru sikit ni je pon Allah dah tunjuk macam2. rezeki aku murah sangat. bukan tang duit tapi tang makan. adeih rosak diet aku. hehehehe..

semalam akak department bawah belanja makan tengah hari. harini breakfast akak admin belanja nasi lemak. esok tak tau apa lagi. ngeeee~

Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. sikit je amalan kau, balasan je teramatla besar. bayangkan kalau amalan banyak. Ya Allah tak terkira aku berapa banyak. tapi jangan lupa pulak begitu jugak kalau kita buat dosa. balasan dia pon teramat la dahsyat. Nauzubillahiminzalik..



bukan selalu dapat dapat makan free.. heeeee~


You Might Also Like

0 komen dari peminat setia