Cinta..?? Mungkin aku belom sedia..

4:42 AM


Kadang2 cinta datang tanpa di duga. Perasaan tu datang tiba2. Betul kata orang cinta itu buta. Tapi macam mana pulak dengan cinta yang cuma tepuk sebelah tangan je. Aiseyman haru dibuatnyer.

Aku sediri tak pernah rasa erti sebenar cinta. Sampai sekarang aku masih tertanya tanya macam mana rasa cinta. Cinta maksud aku cinta yang sebenarnye. Bukan sekadar suka2 je.

Bila di pikir kan balik apa yang berlaku kat aku dulu bukannya cinta. Masa tu aku terlalu mentah untuk menilai sama ada perasaan aku masa tu cinta atau sekadar terdesak. Yela semua kawan2 yang lain dah berpasangan. Aku masih sorang2.

Aku sepatutnya bersyukur kerana aku dipertemukan dengan dia. Disebabkan dia la aku belajar untuk hakis rasa terdesak ni. Kalau dulu aku selalu risau takkan ada yang akan menyintai aku setulus hati.

Kini mata aku terbuka untuk terima cinta yang baru. Cinta dari mereka. Mereka yang sayang aku setulus hati. Terima aku seadanya. Sentiasa ada saat aku memerlukan. Aku bahagia dikurniakan cinta seperti mereka.

Mereka la yang dinamakan SAHABAT. Cinta dari mereka lebih hebat dari penangan cinta pertama. Sentiasa menemani aku bila aku kesunyian. Selalu ada saat suka dan duka.

Mungkin belum masa lagi untuk aku merasakan cinta seperti Adam dan Hawa. Akan tiba juga saatnya nanti. Aku akan sabar menunggu. Sebab aku yakin jodoh ku dah tertulis di luh mahfuz. Cuma cepat atau lambat, di dunia atau di akhirat yang aku belum pasti.

Jadi kesimpulannya aku akan manfaatkan saat2 'single' ni selagi boleh. Yeehhaaaaa..


Meroyan tengah2 malam.. huhu..


You Might Also Like

0 komen dari peminat setia