Jom Belajar Melabur Saham di Seminar Berani Melabur

12:11 AM

Assalamualaikum dan hai semua

Atia berpeluang untuk hadiri seminar Berani Melabur yang berlangsung di SACC yang dianjurkan oleh Asri Ahmad Academy pada 24 Febuari 2018 yang lalu. Ikutkan masa mula-mula jejakkan kaki ke seminar ni Atia memang kosong pengetahuan tentang melabur saham ni. Yang dalam kepala duk pikir Unit Trust dengan A-Enrich Gold under AIA Public Takaful. Memang tak tau langsung kewujudan trader saham.

Selalu tengok kat TV je orang yang duk main saham ni 24 jam kena duduk depan komputer untuk monitor hari-hari. Selain tu dulu Apak Atia pernah jugak main saham. Jadi setiap kali keluar berita jam 1.30 tengah hari tu mula la dia monitor kat screen bawah tu. Atia pon duk join sama-sama monitor. Tapi tak paham apa-apa pon. ngeeeee~ 


Sebelum Atia membebel dengan lebih lanjut jom kenali siapa speaker untuk Seminar Berani Melabur ni. Orang cakap tak kenal maka tak cinta ye dok. huhu.

Hj. Mohd Asri Ahmad Mentor Pelaburan Saham No 1 Malaysia 

Berusia 40 tahun dan berkelulusan dalam bidang Diploma Analisa Pelaburan dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari UiTM, Ijazah Sarjana dalam bidang (Kewangan) dari Univeristi Putra, Malaysia serta Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts (MSTA) dan Certified Financial Technician(CFTe). Beliau baru-baru ini telah diiktiraf sebagai ikon (Social Influencer) BursaMktPlc (sebahagian daripada Bursa Malaysia) dan segala perkongsian beliau adalah berkenaan pelaburan saham yang sah di sisi undang-undang. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang pelaburan saham di Bursa Malaysia lebih daripada 19 tahun dan merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal selama 14 tahun. Beliau juga merupakan Best-Selling Author untuk 4 buah buku; Mudahnya Pelaburan Saham, Jom Melabur Secara Santai, Melabur atau Melebur & Kenali Asas Candlestick


Yang bagus tentang seminar ni, kita bukan diajar secara teknikal sahaja bagaimana untuk buat perlaburan saham. Tapi juga secara spiritual. Ye la kita kena sedar yang rezeki, jodoh, maut di tangan Allah. Lagi - lagi kalau melibatkan pelaburan saham.

Tiba-tiba disuruhnya main belon. Dah la Atia takut belon. Nasib baik kakak2 kiri kanan duk bagi sokongan. hehe..

"Pelaburan saham wajib untung pasti rugi"

Ni kata-kata yang kita perlu tau sebelum terjebak dalam pelaburan saham ni. Standard la semua yang melibatkan perniagaan pasti ada untung dan rugi. Kalau untung je memang semua orang kat dunia ni akan berniaga kan.

Macam tu jugakla dengan pelaburan saham. Apa yang Atia tulis ni berdasarkan pandangan seseorang yang memang kosong ilmu tentang pelaburan saham. Tapi seminar ni berjaya membuka luas mata Atia tentang saham ni. Cuma modal je yang non ado lagi. hehehe..


Siapa patut hadir & belajar dalam seminar ni? 

  • ZERO tentang saham 
  • BELUM TAHU APA-APA tentang saham 
  • Jika anda bekerja MAKAN GAJI 
  • Jika anda KERJA SENDIRI atau USAHAWAN 
  • Jika anda merupakan seorang SURIRUMAH 
  • Jika anda GRADUAN yang ingin menjana income pasif 
  • Jika anda mahu GANDAKAN simpanan untuk hari persaraan 
  • Untuk anda yang kata saham ni SUSAH 
  • Untuk anda yang kata TIADA MASA 
  • Untuk anda yang katakan SAHAM INI HARAM 
  • Untuk anda yang kata melabur Saham ini untuk ORANG KAYA sahaja 
  • Untuk anda yang ingin belajar formula A,B,C bagi pemilihan saham 
  • Untuk anda yang inginkan kebebasan kewangan dan masa

Dan Atia hampir tergolong dalam golongan-golongan orang di atas. Tak dapat dinafikan lagi. Terima kasih pada Kelab Blogger Ben Ashaari kerana beri peluang kepada Atia untuk menimba ilmu tentang pelaburan saham ni.


Gigih Atia stay sampai habis sebab nak carik ilmu punya pasal. Menarik sebenarnya pelaburan saham ni. Cuma hati kena teguh dan jiwa kena kental untuk terjun dalam bidang ni. Tapi korang jangan risau. Pelaburan saham sekarang tak macam dulu. Sekarang banyak medium dah disediakan untuk permudahkan seseorang untuk melabur dalam saham.


Banyak jugak cenderamata yang berpeluang untuk Atia bawa balik. Semuanya sangat bermanfaat bagi Atia. 

Atia budak baru belajar tentang saham,
Kalau salah tolong lah paham.

So bagi yang tergolong sama spesis macam Atia, yang memang tak tau apa - apa mengenai pelaburan saham tapi ada keinginan untuk buat pelaburan boleh rujuk website Asri Ahmad Academy untuk jadual seminar yang seterusnya.

Anda berani melabur..???






You Might Also Like

0 komen dari peminat setia