Mc Donald's Malaysia dengan kerjasama MAIS, LZS dan YIDE merai lebih 500 anak-anak yatim dan asnaf sempena Bulan Ramadhan

4:43 PM

Assalamualaikum dan hye semua.

Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun 1439 hijrah. Dikesempatan ini Atia ingin menyusun sepuluh jari sekiranya ada salah silap atau terkasar bahasa tidak kisah la semasa berdepan atau di dalam blog ini.

Syukur alhamdulillah Atia diberikan kesempatan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Mc Donald's Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). Majlis yang merai lebih 500 anak-anak yatim dan asnaf untuk berbuka puasa diadakan di Masjid Kampung Raja Uda, Persiaran Raja Muda Musa di Klang, Selangor.


Kebetulan lokasinya berdekatan dengan rumah Atia jadi Atia menerima jemputan dengan hati yang terbuka. Atia dan sebahagian ahli kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) berbesar hati menjadi tetamu bagi memeriahkan majlis. Syukur majlis yang dimulai pukul 5.30 ptg dengan pendaftaran para jemputan berjalan lancar. Walaupon hujan turun dengan agak lebat masa itu. Rezeki Allah dalam pelbagai bentuk. Alhamdulillah.


Majlis berbuka puasa yang diadakan ini merupakan inisiatif tahunan Mc Donald's dan penganjurannya dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) pada tahun ini menjadikannya sebagai majlis berbuka puasa dengan jemputan paling ramai pernah diadakan oleh Mc Donald's Malaysia. Setiap rumah kebajikan menerima sumbangan RM10,000 dari Ronald McDonald House Charity (RMHC) manakala kanak-kanak menerima RM40 setiap seorang (RM20 dari Mc Donald's Malaysia dan RM20 lagi dari sumbangan peribadi Dato' Bakhtiar Hussin (Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan Mc Donald's malaysia)).


Rumah-rumah kebajikan yang menerima sumbangan ialah:-
  •  Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakun (PEKEAS), Rawang.
  •  Badan Kebajikan Siti Khadijah Anak Yatim Selangor, Petaling Jaya.
  •  Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah, Klang.
  •  Rumah Amal Baitul Kasih/Baitul Fitrah, Rawang.
  •  Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah, Klang.
  •  Persatuan Kebajikan Anak Yatim Damai Kuang, Kuang.
  •  Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting.
  •  Rahoma Darul Fakir, Subang.
  •  Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh.
  •  Rumah Anak-anak Yatim An-Nasuha, Batu Caves.
  •  Rumah Anak Yatim dan Hidayah Al-Hijrah, Hulu Langat.
  •  Pusat Jagaan Siraman Kasih, Rawang.

Selain meraikan anak-anak yatim, pada majlis berbuka puasa ini juga diumumkan mengenai menu baru Mc Donald's Malaysia iaitu Nasi McD yang diperkenalkan sempena Bulan Ramadhan. Dilancarkan pada 10 Mei lalu, menu Nasi McD menawarkan hidangan nasi yang dimasak sempurna dan disajikan dengan sambal istimewa dan juga pilihan samada telur rebus, Ayam Goreng McD, atau kedua-duanya sekali sebagai hidangan tambahan. Dengan setiap pembelian Nasi McD, pelanggan juga boleh menambah minuman Teh Ais Limau bersaiz medium dengan harga istimewa.

Image result for nasi mcd

Pada malam itu para jemputan juga diberi kesempatan untuk merasa keenakan Nasi McD bersama telur rebus dan Ayam Goreng McD. Tidak ada sesiapa yang dapat menyangkal keenakan Ayam Goreng McD. heeeee~


Untuk makluman semua, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GARSB) adalah pengendali rangkaian Mc Donald's di Malaysia. Lebih penting lagi, GARSB adalah syarikat milik tempatan yang dikendalikan oleh individu islam sebagai pemegang saham terbesar. Sebagai syarikat milik individu islam, GARSB turut melaksanakan kewajipan untuk membayar zakat bagi membantu serta memberi memberi manfaat kepada golongan fakir miskin di Malaysia. Malah pada tahun lepas sahaja GARSB telah membayar zakat sebanyak RM1Juta.

Terima kasih atas jemputan. Semoga Mc Donald's Malaysia komited untuk menerusakan majlis sebegini tahun hadapan.

Terima kasih daun keladi. Tahun depan jemput lagi..^_^












You Might Also Like

0 komen dari peminat setia