Berkongsi Rezeki, Yayasan Qaseh ZY Phyto

5:19 PM

Assalamualaikum dan Hye semua,

Harini Atia nak berkongsi tentang Yayasan Qaseh ZY Phyto (YQZP).

YQZP merupakan Yayasan yang ditubuhkan sebagai platform untuk kerja amal dan kebajikan oleh syarikat ZY Phyto. Idea asal dari En Zaidi Yusoff, CEO Zy Phyto, berdasarkan pengalaman lepas beliau yang dimana beliau sentiasa beramal sambil bekerja. Visi beliau adalah YQZP ini satu hari nanti menjadi badan amal yang bukan sahaja untuk syarikat ZY Phyto tetapi juga untuk orang awam.

Ahli lembaga pengarah Yayasan Qaseh Zy Phyto

Terdiri daripada : -

Encik Zaidi Bin Yusoff
Puan Sharifah Ameelia Akma Binti Mohd Ramly
Encik Salehhin Bin Hassan
Encik Saiful Izham Ramli


Latar Belakang Yayasan Qaseh ZY Phyto

Penubuhan YQZP bertitik tolak daripada cetusan idea Tuan Zaidi bin Yusoff, CEO Syarikat ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd ( kini ZY Holdings Sdn Bhd ). Beliau telah mengamanahkan Tuan Salehhin bin Hassan sebagai Pengarah Urusan YQZP pada ketika itu. Yayasan Qaseh ZY Phyto telah diperakui sebagai sebuah badan atau syarikat berhad mulai 17 November 2016.

Antara tujuan utama penubuhan YQZP adalah untuk memperkasa sosio ekonomi ummah melaui jaringan perniagaan, pembangunan ilmu, latihan serta usahasama sahabat secara istiqamah disamping meningkatkan keteguhan diri melalui program peningkatan dari aspek aqidah ( kerohanian ), identiti diri ( Psikologi dan motivasi diri ) dan memperkasa ekonomi setempat menerusi rantaian perniagaan utama ZY Phyto sendiri.

Aktiviti Yayasan Qaseh ZY Phyto

Mingguan : Agihan Sumbangan Kepada Gelandangan

Setiap minggu, YQZP akan mengadakan lawatan je Bandar Klang dan Pelabuhan Klang untuk memberi agihan kepada gelandangan. Aktiviti ini melibatkan organisasi bernama Reach Out Klang ( ROK ). Sumbangan diberi dalam bentuk makanan dan tenaga manusia untuk agihan.


Bulanan : Agihan Infaq Kepada Golongan Memerlukan

Agihan infaq juga diberikan kepada golongan yang memerlukan. Antara golongan dan pusat yang menerima sumbangan infaq adalah anak-anak yatim, mahad tahfiz dan kanak-kanak yang menghidap HIV. Sumbangan diberi dalam bentuk makanan, wang tunai atau tenaga manusia.


Kembara Qaseh

Yayasan Qaseh juga mengadakan lawatan amal ke beberapa negara atau negeri untuk menyalurkan sumbangan kepada penduduk setempat.

Antaranya lawatan ke Acheh untuk memberi sumbangan kepada penduduk Acheh yang terkena tempias Tsunami pada 2004 dan masih dalam keadaan membaik pulih dari bencana alam itu.


Agihan Bubur Lambuk

2 Jumaat terakhir Ramadhan staf ZY Phyto memasak bubur lambok dari jam 10 pagi di perkarangan kilang. Bubur lambuk masakan daripada staff ZY Phyto diedarkan di kawasan Alam Jaya, Puncak Alam.



Berikut adalah senarai badan badan yang di sokong oleh Yayasan Qaseh Zy Phyto

Rumah Pertiwi Kuang
Rumah Perlindungan As Safiyah Alam Jaya
Tahfiz Al Hidayah Kapar
Tahfiz Al Falahiyah Subang
Tahfiz Seksyen 13 Shah Alam
Pusat Tahfiz Sungai Merab
Pusat Dialisis Mais

Banyak lagi ikutkan program yang dijalankan oleh YQZP ni. berminat untuk tau lebih lanjut boleh layari Facebook Yayasan Qaseh ZY Phyto

Semoga Allah permudahkan niat dan program2 yang dianjurkan oleh YQZP..^_^

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia