latihan industri first week..

9:00 AM

cepat betul masa berlalu. tak sangka dah masuk ari ke empat aku kat tempat baru. kalau korang bace post aku sebelum nie korang pahamla kot apa yang aku maksudkan. hehe..

hari pertama agak 'hell' jugak bagi aku sebab aku tak prepare apa2. henfon pon aku lupa nak charge. naseb baek ada second phone. laptop tinggal sebab pikir first day mesti banyak benda kena buat sampai tak sempat nak bukak laptop. tapi hakikatnyer sampai2 jer dapat tau supervisor aku ngan semua team engineering company tue outstation. yang lagi memedihkan dan menakutkan, aku dapat tau aku sorang jer student yang buat latihan industri kat situ. owh tidak..

kesimpulannyer memang first day tak payah buat apa2. duduk sorang2 kat cubicle baca manual sampai tertido. kebetulan malam sebelom tue aku dapat tidur sekejap je sebab nenek aku sakit kat hospital. mula2 segan gak ngan kerani company tue. tapi naseb baek diorang semua sporting giler. staf kat company nie tak ramai. naseb baek ramai perempuan. 

hari kedua baru aku berpeluang jumpa supervisor aku. orangnyer nampak cool. agak comel. suka tengok muka dia. tapi first impression aku tentang dia aku rasa dia seorang yang tegas. yela agak2 la aku dapat tau dia ketua untuk team engineering kat company tue. perempuan tue. memang respek giler la. takut dalam hati nie jangan cakap la. berdebar pown ada. sampai apa yang dia cakap kat aku, aku hanya mampu angguk ngan geleng jer. blurr sekejap masa tue. tambah blurr bila dapat tau totally team engineering adalah lelaki. lagila aku tambah respect ngan supervisor aku.

tak sangka buat masa nie aku hanya buat kerja ofiz jer. printing, binding, scanning. tapi melalui semua tugas yang supervisor aku bagi kat aku tu buat aku paham selok belok dalam company tue. naseb baek company kecik. kalau besar memang aku sesat dahla. alhamdulillah semua staf kat situ sangat sporting ngan opening. walaupon kebanyakan dorang dah berkahwin. dorang banyak tolong aku yang maseh dalam keadaan malu2 kucing nie.

muka blurrr2... mata ngantuk.. tapi tahan jela.. heeee~

hari ketiga lak aku diberi tugasan untuk kaji pasal gas yang digunakan company tue dalam alat dia. memang berpinar gak lak mata duk carik maklumat. boleh dikatakan dari pagi sampai tengah hari aku habeskan masa dengan carik benda tue jela. tapi tak pe sekurangnyer benda tue buat aku ada idea dah untuk final year project aku. cuma tak pasti sesuai ke tak. lagipon masih awal lagi untuk amik keputusan. idea tue dah ada la sikit2. huhu..

hari nie hari keempat. tak pasti apa yang akan berlaku. walau apa pon yang berlaku harap aku dapat laluinyer dengan kuat dan tabah. nie first time aku bekerja. sebelum nie memang tak pernah lansung. jadi kira pengalaman pertama aku bekerja. first company, HRH (M) Resouces Sdn Bhd, tenkiu for accepting me as part of your company. walaupown untuk seketika cuma. ngeeeee~

latihan industri aka internship.. heeeeeee~

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia