Solar energy research institute (SERI)

9:00 AM

pejam celik dah masuk bulan 12. pejam celik lagi berapa hari nak final exam. pejam celik semester ni hampir berakhir. tapi masalahnyer pejam celik studynyer tak lagi. adoyaiii.

dah lama tak mengupdate blog ni. bukan tak de cerita. tapi kekangan masa dan keadaan yang tak mengizinkan. memang aku sentiasa je mengadap laptop ni. tapi mostly tengok movie and buat thesis PSM 1. bunyik macam hebat jekan buat thesis. tapi tu la hakikat yang aku kena tempuh sebagai student tahun 4.

ok la straight to the topic. baru2 ni aku berpeluang untuk melawat Solar Energy Research Institute (SERI) park kat UKM Bangi.

Solar energy research institute (SERI) was established on 1st July 2005. It was formed out of the desire to suitable the use of fossil fuel, which is known to produce environmental pollution and global warming. Limited supply, rapid depletion of resource due to increase demand and political instability are causes of fluctuation in the price of fuel.

kat atas ni serba sedikit tentang SERI. copy paste dari site rasmi SERI UKM. lawatan ni antara assignment yang aku kena buat disebabkan sem ni aku amik subject Alternative Energy. subjek yang mengajar para2 engineer elektrik tentang source2 elektrik yang terdapat di seluruh dunia. antaranya solar, angin dan macam2 lagi.

nak cerita panjang pon aku bukannyer pandai sangat. just let the picture tell the story. heeeee~


assignment dah jadi macam sesi photoshot. mana tak nye habes awal tetiba dapat tau bas pulak rosak. berejam jugakla kitorang menunggu. yang paling tak boleh belahnyer. untuk pertama kali dalam hidup aku solat dalam bilik sauna. cuba bayangkan macam mana la keadaan. ngeeeee~

apa pon ni antara travel yang paling teruk pernah aku hadapi. dengan mabuk dalam bas nye. padahal bukan tak biasa naek bas. entah bas apa ntah bas yang UMP bagi kat kitorang. semput dibuatnyer. nak buat macam mana. assignment punya pasal. redah jelah. huhu..

Solar energy research institute (SERI)..^_^

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia