Thursday, December 27, 2012

syurga strawberry..

kalau semalam cerita pasal SERI. harini nak cerita pasal Stesen Janaelektrik HABU Cameron Highland. mula2 aku dengar ingatkan encik yang bertanggungjawab iring kitorang cakap "habuk". rupanya HABU.

hari yang sama tapi minggu dan tarikh yang laen. maknenyer bulan ni berjalan jela keja aku. padahal report assignment berlambak menunggu untuk disiapkan. bukan saja suka2. tapi terpaksa. pertama kalinya aku rasa diberi peluang jalan2 tapi terasa berat hati nak pergi. diri ni bagai dipaksa buat benda best. ni report ngan assignment punya pasal la. adeih.

kalau tak pergi lawatan ni alamatnya terbang 10% markah wei. bukan sikit2. alhamdulillah walaupon aku pergi lawatan ni, semua kerja aku siap pada waktunyer. walaupon tak sebagus mana, tapi sekurangnyer aku dah cuba yang terbaek untuk siapkan.

ok la kali ni aku nak biar gambar jugak yang bercerita. huhu..

naseb baek ada mereka2 ni. kalau tak mungkin lawatan ni tak de makna. rasa macam melancong bersama teman2 kesayangan. heeee~


siapa kata koz engineer elektrik ramai lelaki dari perempuan. tengok ramai jer perempuan yang amik. kalau tak percaya meh la datang UMP. huhu.


aku pulak tak lepas peluang untuk mencapub gambar banyak2. syok sendiri la katekan. bukan selalu dapat pergi Cameron. dah la ni first time. hehe..


aku jugak tak lepaskan peluang shopping. tapi dalam kadar yang dihadkan. biasela akhir2 sem. mana ada fulus nak shopping besar2. gigih round semua tempat semata-mata nak carik bantal strawbery murah. last2 dapat la jumpa sebiji RM10. ngeeee~


untuk pertama kalinya dalam hidup aku dapat makan strawbery jeruk. sebelum ni tak pernah jumpa. yang kelakarnye aku round semua kedai sambil carik tester. dapat la merasa jeruk roselle ngan jeruk buah cinta. semua ni memang susah nak carik kat tempat laen. dengan jeruk strawberi tu aku siap mereka benda lagi. teh strawbery jeruk. sedap jugak. hehe.


perjalanan yang agak panjang dan memenatkan. tapi kenangan yang tersemat menjadi sejarah terindah dalam hidup. teringin nak datang lagi sebab belum berkesempatan melawat ladang strawberry. aish.

kalau dapat berjalan dengan orang tersayang best jugak kan. heeeee~

0 komen dari peminat setia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez