Wednesday, September 25, 2013

Siti Hasmah Hamid dalam kenangan - Al Fatihah

harini 25 September 2013. 25 September 5 tahun yang lalu kau pergi tinggalkan aku. padahal masa tu aku tak pernah menyangka yang surat yang kau tinggalkan kat atas meja aku ialah surat terakhir dari kau. kalau kau masih hidup mesti kau bangga dengan aku sekarang. aku dah berjaya tamatkan degree aku. yang lebih membanggakan aku berjaya penuhi janji aku dengan kau. walaupon janji tu janji kita berdua. perjanjian untuk sama2 sambung degree dalam koz eletrical. tapi disebabkan Allah lebih sayang kat kau, kau pergi dulu sebelum sempat sama2 tunaikan janji tu dengan aku. tapi tak pernah sekalipun aku terasa atau marah atas apa yang terjadi. selama 4 tahun aku belajar tak pernah sekalipun aku menyesal amik koz ni. aku cuma menyesal pilih UMP sebagai pilihan pertama. ngeeeee

kenangan kita bersama walaupon hanya 5 bulan tapi tetap segar dalam ingatan aku. setiap kali aku sedih atau  ada masalah dengan kawan2 aku, aku sentiasa ingatkan kau. kau sentiasa jadi penguat aku walaupon kau dah lama pergi tinggalkan aku. disebabkan janji kita tu aku teruskan jugak belajar. aku mintak maaf sebab aku pernah jugak terleka. hampir jer gagal untuk teruskan janji kita tu. tapi syukur alhamdulillah aku berjaya tempuh dugaan tu. mungkin sebab kesakitan yang aku lalui masa hilang kau lagi sakit dari apa yang berlaku kat aku masa tu. buatkan aku semakin hari semakin kuat untuk tempuh hidup ni.

'Siti Hasmah Hamid'

nama yang tak pernah hilang dalam hati aku. kau la kakak yang menjaga aku, kau lah sahabat yang menjadi peneman hidup aku, dan kau jugaklah guru yang mengajar aku erti kehidupan. tanpa kau mungkin aku tak sekuat sekarang. aku rindu kau. dah lama kan kau tak muncul dalam mimpi aku.


semoga aku kuat untuk tempuhi alam baru sekarang. alam pekerjaan yang tak pernah lansung terlintas kat kepala aku. mungkin sebab terlalu lama sangat belajar, kerja pon tak pernah, sampai buatkan aku setiap hari mesti rasa takut. lagi2 bila ceburkan diri dalam bidang yang lebih ramai lelaki dari perempuan. tiap2 hari rasa seram jer. ni la kelemahan bila dari sekolah sampai la ke universiti duk campor ngan perempuan jer. even adik beradik aku sendiri semuanyer perempuan. adeih..

pejam celik 5 tahun dah berlalu.. n_n


5 komen dari peminat setia:

Syazana Zainn said...

Al-Fatihah
Semoga arwah ditempatkan di dalam golongan yg beriman

Btw congrats dah tamat belajar :)

gadis melayu said...

Syazana Zainn: amin.. tenkiu..^_^

AbgDude a.k.a Kai said...

al-Fatihah...
semoga roh arwah di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama golongan beriman

gadis melayu said...

AbgDude a.k.a Kai: amin.. thanks..^_^

tenku butang said...

Teman dtg singgah dan follow sekali..
Follower No. 1086
Jom follow blog teman.. leh berkunjungbalas nanti kan.. heeeee..salam kenal yea..

http://tengkubutang.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez