Monday, September 16, 2013

hangout with kesayangan..

sentap bila ada orang cakap yang aku ni tak de kawan. mentang2la aku jenis 24jam duduk rumah jer tak keluar2. terus orang label aku ni tak de kawan. excuse me aku bukan tak de kawan. tapi aku cuma tak semampu korang yang boleh keluar bila2 masa jer korang suka. aish..

syukur alhamdulillah Allah murahkan rezeki aku bertemu kesayangan aku pada hari sabtu dua minggu berturut. rindu sangat kat dorang. tak sangka akhirnyer berpeluang jugak untuk jumpa. selalunyer jumpa dalam mimpi jer. kadang2 sampai meleleh air mata bila bangun tidor. punyela rindu kat dorang punyer pasal. jiwang gak aku kadang2. heeee~

betul cakap kak ieda. jangan sedey2. nanti satu hari bila tia dah pandai drive jauh2 insyaAllah kita boleh jumpa. memang aku dah pandai drive jauh2 (padahal sampai sungai buloh jer). apa yang kak ieda cakap dulu sekarang dah jadi kenyataan. sekarang bila2 masa je aku boleh jumpa dia. cuma busy atau tak je yang jadi halangan. tak lupa jugak soal duit. huhu..

tapi yang sedihnyer aku tak de henset canggih yang boleh rakam detik2 indah ni. ni yang susah biler sony ericsson xperia X8 turun pangkat ke nokia 1280. sedih biler pikirkan. tapi nak buat macam mana. diri belum mampu nak beli henset baru. tapi best pe guna nokia 1280. cuma perlu charge sekali je dalam 2 minggu. tak payah pening2 kepala nak charge bila henset mati. aku ni dahla orang paling malas kalau bab nak charge henset. hehe..


kembali ke topik asal. dua orang kesayangan yang aku maksudkan ialah diva dan kakak yang selalu dalam ingatan aku iaitu daus ngan kak ieda. tapi rasa cepat je masa berlalu bila ngan dorang. rasa tak cukup. mungkin sebab dah lama sangat tak jumpa kot. harap2 dapat jumpa dorang lagi. huhu.


sebenarnyer ramai lagi yang aku teringin sangat nak jumpa. lagi2 kawan2, kakak2 and abang2 aku yang aku kenal masa kat matriks dulu. aku sangat2 rindukan dorang. kat matriks la tempat aku mengenal erti sahabat sejati. walaupon aku hampir gagal kat matriks tapi aku tetap rasa bahagia. sebab aku dipertemukan dengan mereka. semoga Allah murahkan rezeki aku untuk dapat jumpa lagi dengan dorang. 

rasanyer tahun ni mungkin tahun aku dipertemukan dengan kawan2 matriks aku. baru je awal tahun hari tu yaya datang melawat aku kat UMP. kitorang sempat jugak bergambar. tapi atas sebab tertentu aku tak dapat nak share gambar2 tu kat sini. apa pon aku happy dengan perubahan yaya sekarang. semoga dia terus dengan imej macam tu. sweet sangat. ngeeee~

tak sabar tunggu bulan oktober ni. hari bersejarah akan berlaku. hari convocation. once in a life time. cepat betul masa berlalu. kalau dulu aku bergelar seorang student. kemudian berubah kepada penganggur dan sekarang dah bekerja. isteri orang..?? lambat lagi kot. hahaha....

terpaksa guna gambar lama.. aduhai..U_U



0 komen dari peminat setia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez