pekerja baru

3:31 PM

minggu ni dah masuk minggu kedua aku kerja kat sini. tapi apa pon aku tak belajar lagi. tiap2 hari duduk ofiz tengok cerita korea. sama je situasi masa aku buat latihan industri dulu. tau la aku ni perempuan. adoiii.

naseb baek la kerja dengan pak cik sendiri. kalau tak entah2 dah kena fired kot. tapi perlu ke aku yang dipersalahkan sepenuhnyer..? ni la persoalan yang selalu berlegar dalam fikiran aku. rasa serba salah sebab apa pon tak tau. tapi nak buat macam mana. aku belajar dulu pasal elektrikal. tiba2 dengar istilah2 mekanikal. poning pale den dibueknyer. adeih..

'next week awak kena pergi Tanjung Malim amik report. awak kena pergi sendiri.'

'pak ndak tak nak kamu pergi Tanjung malim sorang2..'

'apak tak bagi tia pergi Tanjung Malim sorang2..'

aishhhhhhh.. mana satu aku nak ikut..?? U_U

ni la kelemahan yang berlaku bila kerja under kompeni family sendiri. memangla best sebab senang dapat kerja. tapi siapa cakap takde cabaran. lagi besar kot. tak pon sama jer. memang pening kepala. mula2 aku tak takut kalau kena pergi Tanjung Malim sorang2. tapi bila family mula bersuara aku jadi takut nak melawan. tu yang buat aku jadi serba salah lepastu pikir dua tiga kali sampai akhirnyer aku jadi takut nak pergi Tanjung Malim sorang2.

mungkin nie la dugaan sebagai pekerja baru. bak kata akak kat ofiz ni sekarang bolehla tia merengek nak kerja. nanti bila kerja dah banyak nanti nak buat hal sendiri pon tak sempat. so sekarang aku wait and see jela. going with the flow. harap2 apa yang berlaku minggu ni tak terjadi minggu depan. aku tak nak dilabel makan gaji buta pulak kan. heeeee~


naseb baek turtle ada untuk jadi teman..^_^


You Might Also Like

0 komen dari peminat setia