Kawen..?? bila..??

9:00 AM


Tia.. tia.. tia..

Mane la kau sampai sekarang tak de siapa yang nak. Suka sangat momokkan orang dengan Hutang PTPTN ko tu. Agak2 de ke yang sanggup. Hahahaha..

Tu maknanyer dia tak sudi menerima aku seadanyer. Bagi aku nak carik seseorang untuk dijadikan suami, dia kena la terima baik buruk diri aku ni. Salah satu kekurangan yang aku ada sekarang ialah muda2 lagi dah banyak hutang. Huhu..

Ramai tak paham bila aku keluarkan ayat

"Siapa yang nak jadi teman sehidup semati aku kena sudi tolong aku bayar hutang PTPTN"

Aku gunakan perkataan 'tolong' kat situ bawak dua maksud.

1. Tolong paham yang aku kena kerja keras untuk bayar hutang.
2. Kalau tak boleh tolong yang pertama baru la dia kena tolong aku langsaikan hutang aku dengan duit dia.

Buat pe aku belajar tinggi2 tapi last2 nak mengharap orang jugak. Baik aku lepas SPM terus suruh ibu aku carikan laki. Tak payah pening2 pasal hutang.

So target aku sekarang nak kumpul duit untuk bayar hutang yang ada. Lantak la orang nak cakap aku ni kedekut ke pe. Janji aku berjaya langsaikan hutang dalam masa sesingkat yang boleh.

Aku sebenarnyer tak pikir sangat soal pasangan hidup ni. Lagi2 aku ni masih lagi trauma dengan pe yang jadi dulu. Tapi disebabkan mulut2 orang sekeliling yang buat aku pikir camner nak buat dorang berhenti. Sampai aku jadi lali bila dikenen kenenkan dengan sesiapa pon. Aku hanya mampu senyum dan gelak. Sebab aku dah tak tau nak bagi respon pe.

Kenen mengenen benda yang paling aku tak suka sebenarnyer. Sebab benda ni banyak buat aku hilang kawan lelaki. Baru jer nak rapat tetiba jadi renggang pasal benda ni. Kalau ye pon tak nak kat aku tak payah la sampai camtu sekali. Aku bukannyer jenis cepat sangat nak perasan orang tu suka kat aku ke pe. Niat aku nak berkawan je pun. Adeih..

Bukan tak de yang mengorat. Tapi aku terpaksa menolak. Bukan bermaksud nak jual mahal. Untuk usia aku sekarang ni aku tak pikir nak kaple2 bagai. Bagi aku, aku hanya terima lelaki tu bila dia dah berjaya cakap aku terima nikahnyer Maizatul Khiftia binti Amirrudin bla bla bla... masa tu baru aku bukak hati aku seluasnyer untuk dia. Siapa dia tu hanya Allah jer yang tahu.

So sekarang get ready untuk jawab soalan cepu emas masa raya nanti. Angguk2 geleng2 la jawabnyer. Heeeeee~


Masih forever alone.. ngeeeee~





You Might Also Like

2 komen dari peminat setia

  1. Xpe, masih muda lagi. Allah mesti dah tentukan jodoh yg baik utk Tia. K. :)

    ReplyDelete
  2. Tea Dno: insyaAllah.. tenkiu..^_^

    ReplyDelete

Facebook Badge