I love Peppermint..

11:16 AM

Assalamualaikum dan hye semua.

Jom kita sambung cerita pasal macam mana Atia terjebak dengan Essential Oil (EO) Young Living. Gara-gara cabaran team mak minyak. Boleh rujuk entry sebelum ni kat SINI.


Ada satu hari ni kak Farhana (kaki racun..hehe) mintak Atia jahitkan dia pensil case tapi letak huruf E.O dan enam biji botol ubat. Masa tu pikir apehal pelik sangat permintaan dia ni. Tapi customer kan always right. Jadi ikutkan aje la. Gigihla la ukur saiz botol tu nak bagi muat-muat kat pensil case ni. heeeee~

Masa tu tak tertarik untuk bertanya lebih-lebih lagi. Sebab masih tak ada kesedaran. Hari demi hari perasan dia mula bawak EO ni satu demi satu ke ofiz. Masa tu la Atia mula terdedah dengan bau essential oil ni. Essential oil yang betol-betol menarik perhatian masa tu ialah Essential Oil Peppermint. 


Bau dia Ya Allah bestnyer. Sebabnya Atia memang suka bau2 berangin ni. Dulu minyak cap kapak mesti wajib ada dalam simpanan. Lagi-lagi kalau tengah selsema. Perangai buruk Atia suka sumbat minyak cap kapak tu dalam hidung. Sampaikan kawan-kawan semua marah sebabnya dah jelas kat label minyak tu cakap for "external use only". Tapi tetap degil walaupon tau bahaya.


Disebabkan tu la sampai sekarang Atia elakkan diri dari beli minyak cap kapak ni. Alhamdulillah lama kelamaaan tabiat tu hilang. Cuma bila selsema agak seksa kena tahan. Nasib baiklah diperkenalkan dengan essential oil peppermint ni.

Masa tu la Atia mula study sikit pasal peppermint ni. Sebelum ni Atia cuma pikir peppermint ni untuk buat ubat gigi je. Tak pon letak dalam minuman untuk rasa segar macam tu. Rupanya macam2 lagi yang kita boleh buat dengan peppermint.


Masa tu bila dengar harga mak ai mahalnya. Tapi Atia paham kenapa harga dia mahal. Kalau nak barang yang terbaik haruslah mahal kan. Karang kalau murah dipersoal pulak guna bahan original ke tak. Mula la misi kumpul duit untuk beli essential oil ni.

Ok nanti Atia sambung cerita lagi. yeaaahhhh siap satu entry.. huhu..

Entry berkaitan :

Will be continued..




You Might Also Like

0 komen dari peminat setia

Facebook Badge