#supportSEAgames katanyer

6:37 PM

Assalamualaikum dan hye semua.

Harini lambat sikit update sebabnya seharian berjemur kat padang bola jaring. Dulu masa sekolah tak berpeluang main bola jaring betol-betol. Sekadar main main je. Sekarang baru dapat peluang main sampai lebam. Memang lepas gian la. Dapat pulak geng budak yang semua masuk air.

Sampai tak sedar diri dah umur 27 tahun. Melompat macam kanak kanak kat padang. Syok pulak rasa. Hilang semua stress yang melanda jiwa. Alhamdulillah Allah beri peluang macam ni. 


Boleh pulak harini langsung tak pakai apa2 kat muka. Memang perangai Atia kalau pergi kerja selalunya tak pakai apa apa sebab pikir kerja dalam bangunan jadi muka tak effect apa-apa. Sekali lupa da harini kena main netball. Habisla sunburn muka. 

Jenis muka Atia orang tak akan nampak sangat sunburn tu. Tapi Atia sendiri yang akan terasa pedih dia. Nasib baikla bukak-bukak laci ada setitis dua lavender dengan virgin coconut oil. Laju-laju lumur kat muka. Hilang pedih. Tapi teruk jugakla muka jadi dia. Adeih.


Malam ni nak menjalankan misi tempek lavender, chedarwood dan tea tree essential oil kat muka. Mujur ada essential oil.

Keputusan penuh Bola Jaring #KL2017: 

Malaysia 64 - 27 Brunei 

Weeeehuuuu.. Kemenangan kedua untuk kita. Cukup cemerlang persembahan pasukan bola jaring negara! Bangga jadi rakyat Malaysia.. huhu..
#KamiTeamMalaysia #BangkitBersama #SemangatNegaraku #Negaraku

Ok esok sambung lagi cerita. bubyeee..

Entry berkaitan :
Orang kentut kat sebelah pon tak perasan.. hahahahaha..

Will be continued..




You Might Also Like

0 komen dari peminat setia