Jom Kurus dengan Lemon

10:31 AM

Assalamualaikum dan hye semua.

Jom sambung lagi cabaran team mak minyak. Harini nak cerita sambungan projek meracun kak Farhana. hehehehe..

Asalnya dia pikir yang Atia suka benda-benda yang boleh membantu kurus. Jadi dia beria promot essential oil lemon. Memang Atia amalkan rendam lemon dalam air satu malam untuk detox. Tapi kadang-kadang malas sebab kena selalu beli lemon lepastu kena tunggu satu malam. Lemon pulak kalau beli sebijik je mahal. Kalau beli sekali banyak cepat pulak busuk dan rasa air yang direndam dengan lemon yang disimpan lama tersangatla pahit. eeeeuuuuwwww.


Untuk yang tak tau macam mana detox water boleh rujuk gambar kat atas ni. Lebih kurang macam ni la. Antara bahan-bahan yang atia guna untuk air detox ni ialah lemon, teh hijau, dan timun. Kalau rasa kaya sikit letak strawberi. heeeee~

Ni antara penyumbang utama dalam proses turunkan berat badan seorang budak gemok bernama Atia. Seksa paksa diri minum detox water ni. Rasa dia kelat-kelat pedau-pedau lemon. kadang-kadang kalau dapat yang pahit lagi haru.

Tapi sejak diperkenalkan dengan Essential Oil Lemon, Atia titikkan aje dalam air. Effect dia sama je macam air detox ni. Rasa je tak sekelat bila rendam lemon. 


Sama jugak macam peppermint, Atia buat jugak kajian pasal lemon ni. Tapi kajian ni dibuat sebelom kenal dengan essential oil. Gara-gara misi jom kurus atia. Entah berapa bijik lemon ntah dah telan. Kalau tanya sesiapa pon mesti mengakui kehebatan lemon ni dalam proses penurunan berat badan. Tapi jangan overdose pulak. Lain pulak jadi nanti.


Jujur cakap kalau korang rajin amalkan lemon ni, lupakan aje la supplement2 vitamin C tu. Ni pon dah cukup power. Tapi masalahnya perangai malas la. Duk pikir nak beli, nak basuh, nak kopek, lepastu nak perah. Adoi lecehnya. hahahaha..

Sebab tu Atia sekarang cuma titikkan aja Essential Oil Young Living. Aroma dia pon sangat best dan boleh menaikkan mood. Ramai kawan2 Atia mengakui keberkesanan lemon ni. Katanya dua tiga hari lepas amalkan lemon ni dorang membuang rasa lancar je. Perut pon rasa ringan.


Haaaa. Patutla power dia sama macam lemon walaupon setitik. Untuk pengetahuan korang Lemon Essential Oil Young Living standard dia 100% asli dan therapeutic. Bagi yang tak tau apa maksud therapeutic boleh rujuk gambar bawah ni.


Sebab tu Atia yakin untuk gunakan produk2 Young Living. Ok sampai ni jela atia membebel pasal lemon ni. Bagi yang nak tau tips-tips kurus boleh selak post lama atia kat SINI.

Ok nanti Atia sambung cerita lagi. Yeaaahhhh siap satu lagi entry.. huhu..

Entry berkaitan :

Will be continued..




You Might Also Like

0 komen dari peminat setia