Scrub Muka Gadis Melayu Style.

6:51 PM

Assalamualaikum dan hai semua..

Macam yang dijanjikan semalam hari ni Atia nak share macam mana Atia hilangkan kesan sunburn kat muka ni. Yela dah sedap-sedap berjemur masa main bola jaring lepastu tambah pulak dengan Trip Pulau Sasaran agak-agak la level sunburn tu macam mana.

Bila search google banyak cadangan cara nak hilangkan sunburn. Antaranya scrub muka. Tapi nak beli scrub kat kedai rasa macam membazir. Sebab Atia bukan jenis konsisten pakai benda-benda macam ni. Nanti akhirnya terbuang je benda tu. 

Jadinyer Atia decide untuk buat sendiri scrub muka. Atia guna je barang-barang yang ada kat dapor lepastu gabungkan dengan essential oil. Tapi jangan pikir pakai sekali terus hilang. Masih amik masa untuk hilang. Paling cepat pon seminggu.


Essential oil kat atas ni antara essential oil yang Atia guna untuk buat scrub muka ni. Lavender Essential Oil kalau search kat google ramai cakap memang boleh membantu untuk hilangkan kesan sunburn. Cedarwood Essential Oil pulak memang elok untuk kulit. Tea Tree Essential Oil pulak memang terkenal untuk hilangan bakteria dan kuman dan akhir sekali Orange Essential Oil untuk membantu pemulihan kulit.


Untuk barang-barang dapor yang Atia maksudkan pulak macam gambar kat atas tak lain tak bukan gula dan madu. Senang je sebenarnya. Campurkan aje semua bahan-bahan ni.

Resipe Scrub Gadis Melayu Style
1. 5 sudu gula
2. 5 sudu madu
3. 5 titik setiap (Cedarwood, Lavender, Tea Tree) Essential Oil
4. 3 titik Orange Essential Oil

Senang je kan. Tak rumit pon. Resipe kat atas ni Atia buat cukup untuk pakai 2 kali seminggu selama sebulan.


Kacau semua ramuan-ramuan ni bagi rata. Memang nampak agak melekit. Sebab guna madu kan. Lepastu Atia simpan dalam bekas yang comel macam kat bawah ni then simpan dalam peti ais. Bila nak pakai Atia camporkan dengan Virgin Coconut Oil (VCO) nak bagi dia lembut sebab bila madu masuk peti ais dia akan jadi berketul.


Cara pakai senang je. Sama macam scrub-scrub yang lain. Ratakan pada kulit muka lepastu urut muka dalam betuk pusingan secara perlahan-lahan.


Tunggu dalam 30 minit sebelum basuh semua kesan scrub kat muka. Sebab nak bagi masa kat semua bahan-bahan ni serap dalam kulit. InsyaAllah lama-lama hilang la sunburn anda. Kalau rajin lagi boleh guna untuk scrub badan jugak. Yang bestnya selain scrub Atia dapat effect aromaterapi daripada essential-essential oil yang Atia camporkan. syok betol. huhu..

Selamat mencuba. Nanti Atia share benda lain pulak untuk next entry.

Entry berkaitan :




You Might Also Like

0 komen dari peminat setia