operasi lepas tension..

9:00 AM

sem nie boleh kata berapa kali jer aku dapat keluar pergi Kuantan. paling last bulan lepas. tue pown dalam keadaan tergesa-gesa. tak de masa punya pasal. nak tau cerita klik SINI. sem nie memang aku banyak habis masa dalam bilik jela. memang tak de life la kata orang.

kelmarin tetiba abang iz mesej aku. bunyi dia macam nie:

jom kluaq mlm ni pas mgrb.. g kfc pekan.. sape nk blnje xtau lg.. dngr2 tia kot..

aiseyman mamat nie suka suki je kan. dah la akhir2 sem nie aku agak pokai. boleh pulak bikin cerita buat gua panas. nie yang gua hot nie. heeeee~

aku pulak yang asalnyer ingat nak main masak2 terbantut sebab dah ada orang ajak makan kat luar kan. tahan jela lapar pown. KFC lak tue. tapi masalahnyer takkan kat pekan je kot..??

naek2 je kereta aku ngan wani terus demand nak pergi Kuantan. apa lagi mulalah pengembaraan overnite kitorang. selama aku duduk Pekan, nie first time aku overnite. kalau duduk gambang dulu banyak kali jugakla. rindu pulak rasa nak makan kat gambang point.

ok berbalik pada cerita asal. tempat pertama yang dituju ialah KFC la. dah la aku masa tue kebulur satu hari tak makan. terbaekla bila dapat makan KFC. memang terus order nasi ayam KFC kot. memang agak kebulur masa tue. ngeeeee~


program kitorang seterusnya ialah bowling. ingat nak maen kat Kuantan Plaza. tapi ada tournament la pulak. jadi kitorang beralih ke Megamall. kat situ pown penuh. aiseyman banyak betol halangan. jadi kitorang tukar plan karaoke kat apple.

dengan bermodalkan rm6.90 seorang kitorang amik satu bilik satu jam. memang karaoke tak ingat dunia la. memang terbaekla dapat lepas tension. dah lama tak rasa seronok macam nie. 


habes jer karaoke kitorang pergi balik tempat bowling. tetiba akak tue kata nak tutup dah. adeih memang tak de rezeki la nak maen bowling nampaknyer. tapi entah macam mana wani menggunakan skill yang dimilikinya untuk memujuk akak tue bagi kitorang maen satu game. memang terbaek la wani. hihihi.


last sekali pergi tc. serius memang angin kuat giler. ombak bergulung-gulung memukul pantai. cantik sangat. tapi agak bahaya la. kitorang lepak kejap menikmati angin kat situ. entah macam mana tetiba ribut. terus kitorang tukar plan lepak kat tanjung lumpur pulak. 

lepas puas berborak akhirnyer kitorang balik. sampai2 terus tidur sebab kepenatan. nasib baek aku cuti solat. bolehla skip Subuh. hehehe..

stress balik sebab assignment berlambak beratur.. aish..>_<

You Might Also Like

4 komen dari peminat setia