syukur atas kurniaanNya..^_^

9:00 AM

Tak sangka cepat betol masa berlalu. Sabtu nie aku dah kena balik UMP. Rasa malas sangat nak balik. Tapi kadang2 rasa tak sabar pulak. Ish ntah pape ntah.

Macam tak pecaye jer sekarang nie aku dah nak masuk semester 2 tahun 3. rasa macam baru semalam jer minggu orientasi. Ingat lagi dulu masa dapat tahu hakikat sebenar apa yang akan aku lalui kat UMP nie sangat2 mencabar, aku jadi takut nak hadapi. Lagi2 bila pikir 4 tahun lama tue. tapi pejam celik dua tahun setengah dah berlalu. Tinggal sikit jer lagi untuk aku capai cita2 aku.

Sepanjang 3 tahun nie banyak suka duka yang aku lalui. Persahabatan, percintaan, pengkhianatan menjadikan aku semakin kuat menempuh kehidupan kat UMP nie. Aku sendiri tak sangka aku boleh jadi sekuat ini. Aku sentiasa berdoa supaya Allah kuatkan aku dalam menempuhi setiap cobaan dan dugaan. Alhamdulillah aku bersyukur atas kurniaannya.

Selain tue aku cuba praktikkan kata2 kaunselor aku. Betapa teruknyer apa yang terjadi kat aku sampai aku sendiri sukarela pergi jumpa kaunselor. Sampai lecturer yang jadi personal advisor aku cakap yang dia pertama kali jumpa student yang mintak nak jumpa kaunselor. Sebabnya aku tak tahan sangat dengan apa yang berlaku atas diri aku.

setelah praktikkan nasihat kaunselor dan orang sekeliling aku, aku jadi bertambah ceria. kawan pown ramai. pelajaran alhamdulillah semakin meningkat. memang tak rugi keluarkan duit untuk buat semester pendek. walaupown agak terseksa. tapi hasil berbaloi.

Alhamdulillah aku dah mula keluar dari tempurung aku. Aku dah aktif semula dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kelab2 yang ada kat UMP. Aku mula cari kawan baru. Dan sekarang aku dah punya ramai kawan. Bak kata orang berkawan biar seribu.


selain tue aku dah mula aktif join kebanyakan event kat UMP. yang paling aku tak boleh lupa kenangan berbasikal dari Pekan ke Putrajaya. memang kenangan yang tak dapat dilupakan. semester lepas jugak aku aktif join macam2 event. antaranya pesta layang2, temasya pantai timur dan pementasan teater adaptasi protes.


semoga semester depan juga memberi sinar keceriaan kat aku. aku bersyukur sangat dengan kurniaan Allah. aku bersyukur jugak dengan semua dugaan yang aku lalui selama nie menjadikan aku lebih kuat dan cekal menempuhi kehidupan kat UMP. memang cabarannya sangat2 besar. tapi ganjarannya lebih besar sehingga tak terjangka. tak aku lupa juga aku bersyukur dikurniakan orang2 yang sentiasa ada bersama aku di saat suka dan duka. semoga orang itu dilimpahi rahmat Allah sentiasa.

aku bersyukur.. alhamdulillah..^_^

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia

Facebook Badge