100 Doraemon Secret Gadget Expo tak macam yang dijangka..:(

9:00 AM


Masa berlalu begitu pantas. sampai kadang2 kita tak sedar yang kita dah makin berusia. tapi semakin meningkat usia seseorang manusia tu tak semestinyer kematangan seseorang itu meningkat. contohnyer aku sendiri. umur aku tahun ni nak masuk 24 tahun. tapi aku sendiri tak tau sama ada diri aku ni bersikap sesuai atau tak dengan umur aku. kebanyakan kawan2 aku dah mula masuk ke alam baru. ada yang bakal jadi mak orang dan ada gak yang dah jadi mak orang. tapi aku bayang pon tak ada lagi. heeee~

baeklah jom kita balik ke topik asal. disebabkan perangai aku yang masih belum sesuai dengan umur maka tak hairanlah kalau aku cakap aku masih peminat fanatik doraemon. dulu aku pernah post pasal minat aku kumpul barangan doraemon. nak tau citer klik SINI. minat aku makin bercambah malah makin kuat. lagi2 sejak dah ada duit sendiri. makin banyakla barangan doraemon aku bertambah. tak pasal2 kereta aku jadi mangsa. nasib baeklah harga untuk cat ngan touchup kereta mahal giler. kalau tak dah lama aku transform kereta aku tu.. ngeeee~

disebabkan minat yang mendalam dengan doraemon, jadi aku tak lepaskan peluang untuk pergi 100 Doraemon Secret Gadget Expo kat VIVA Expo Hall. best sebab dapat jumpa banyak doraemon. lebih seratus biji patung doraemon yang dikatakan saiz asal ada kat expo ni. tapi yang tak bestnyer banyak benda tak best. hehe..

first - Expo tu cuma tayang patung2 doraemon jer. tanpa ada penerangan lansung tentang gadget yang dipegang doraemon.

second - Crew yang ada kat dalam tu tak sporting lansung. muka masing2 macam terpaksa je kerja situ. banyak jugak komen aku baca berkenaan crew2 kat situ. bila dah tengok sendiri baru aku tau. aish.

third - aku baget dah alang2 expo pasal doraemon mesti banyak barang yang boleh aku beli. tapi hakikatnyer cuma 3 jer barang yang aku mampu beli. harga setiap barang kat situ buat aku pikir 100 kali nak beli ke tak. baek aku beli kat S&J jer. (aku paling banyak beli barang doraemon kat S&J)

fourth - tak berbaloi dengan harga tiket. nak sedapkan hati aku pikir mungkin dia nak cover cost pengangkutan yang mengangkut doraemon2 tu datang sini.

apa pon aku masih boleh enjoy sebab aku pergi dengan mereka2 yang sangat sporting dan kami sama2 share minat yang sama. aku ingat aku sorang je yang minat doraemon. huhu..


dalam tak berapa nak best tu banyak jugakla gambar yang kitorang tangkap. so biarlah gambar yang menyambung cerita.. hehe..



I Love Doraemon sangat2..!!!!



You Might Also Like

0 komen dari peminat setia