Friday, January 10, 2014

Gambang waterpark best tapi..


Baru2 ni aku dengan family secara tiba2 terkeluar idea nak pergi gambang waterpark dan tidor semalam kat bukit gambang resort. Alhamdulillah berkat rezeki yang diberikan terbuka hati aku untuk menaja penginapan satu malam tu. Mula2 ingat nak duduk kat carribean resort. Sebab betol2 sebelah dengan waterpark. Tapi duk pelik nape gelap jer. Rupanyer tengah tutup untuk maintenance. Last2 duduk kat Arabian Resort.

Ni boleh dikatakan kali kedua family aku bermalam kat pahang. Kali pertama masa aku convo haritu. Tapi masa tu kitorang duk Hotel Sri Malaysia. Nak tau betapa teruknyer hotel tu nanti kalau rajin aku cerita kat post akan datang.

Bukit gambang resort kalau dengar harga dia memang rasa macam nak meninggal. Tapi dia punyer facilities memang tip top. Bagi aku tak dela mahal sangat. Sesuai dengan facilities yang ada. Yang paling best katil dia maha besar. Kate jer bilik untuk 2 orang tapi katil dia boleh muat 4 orang. bilik pon besar. Kalau bawak totobag sendiri boleh muat lagi 5 orang. Sesuai la kalau nak buat program ramai2. Heeee~


Yang paling best brekfas dia. Memang terbaek. Macam2 ada. Sampai dah tak tau nak makan pe. Ni bukan kali pertama aku menginap kat hotel ni. Tapi ni kali pertama bayar sendiri kat kaunter. Siap bill atas nama sendiri. Terasa diri ni dah makin berusia. Hehe.



Esoknyer pakat2 bangun pagi sebab nak pergi mandi kat gambang waterpark. Alhamdulillah harga takdela semahal yang dijangka. Tak jauh beza dengan harga dolu2 masa aku tahun satu.

TAPI...

Sekarang rupanyer dah tak macam dulu. Kalau dulu kalau nak naik semua gelongsor pelampung disediakan. Tapi sekarang kena beli pelampung sendiri2 kalau nak naek gelongsor. Benda yang paling malas aku nak buat ialah nak mengusung benda alah tu kehulu kehilir. Dah la benda tu besar giler. Jadi aku amik keputusan tak beli pon pelampung. Takpela tak dapat naek gelongsor. Naek bot pon jadi la. Hihi.


budak pakai baju merah kat atas ni yang paling beria nak pergi. Tapi bila dah dapat pergi dia yang paling penakut. entah berapa kali menangis sebab aku duk lemaskan dia. heeee~

Last Family Vacation untuk 2013..


0 komen dari peminat setia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez