Bad new year ever

11:32 PM



Rasenyer belum terlambat untuk ucapkan selamat menyambut tahun baru 2014. Kalau baca post2 kawan aku kat fb banyak yang share betapa seronok dan bermakna tahun baru mereka. Tapi lain pulak yang jadi kat aku. Macam2 yang buruk berlaku kat aku harini. Tapi aku hanya mampu melaluinya dengan senyuman. Walaupon sebenarnyer hati dah mula nak menangis. Tahanlah wahai hati. Simpan air mata tu. Banyak lagi cabaran menunggu. Kuatkanla dirimu wahai hati. Kerna kau la peneman setiaku.

Harini ramai yang bercuti. Tapi bukan untuk aku. Rase nak menanges jugak sebab dah terset mind awal2 yang new year boleh cuti. Rupanyer tidak sama sekali. Disebabkan tu aku jadi malas dan tak de mood untuk pergi kerja. Tapi apa nak buat. Demi mencari rezeki aku kuatkan diri. Tapi tetap gak bangun lambat. Huhu..

Dalam pukul 8.45 pagi aku mulakan perjalanan ke proton tanjung malim. Sebelum tu aku singgah kejap kat kedai hardware beli goggle. Dah selesai beli benda tu tetiba something yang tak best mula berlaku. Kereta tak boleh start. Adoyai macam mana ni. Pasal pe lak tak boleh start? Aku bukan tau bab2 kereta ni. Even nak bukak hood depan pon aku tak tau macam mana. Aku mula panik tapi berlagak cool. Aku capai henset nak kol bapak aku. Dalam masa yang sama tangan masih kat kunci. Cuba try lagi mana tau boleh start. Alhamdulillah start jugak akhirnyer. Bikin gabra betul la.

Dalam perjalanan dapat panggilan. Katenyer bos yang merangkap pak cik aku tu dah marah sebab aku lambat. Hah sudah satu hal pulak. Apa lagi terus la pecut. Tapi masih mengikut had laju yang ditetapkan. Hati dah berdebar ni. Nak sedapkan hati aku pasrahkan diri aku kalau kena marah. Dalam debar2 tu akhirnya dalam pukul 10 pagi aku sampai. Boleh pulak ada mamat ni buat muka bengang. Tambah la aku gabra. Tapi buat rileks. Naseb baek dia acah jer. Tapi salah tetap salah. Syukur alhamdulillah aku tak kena marah macam yang aku bayangkan. Fuhh lega. Heeeee~


Tengah duk buat kerja dengan muka kelat sebab kena berdiri lama boleh pulak tetiba satu percikan api menembak terus ke peha aku. Naseb baek aku tak menjerit atau melatah. Tapi menyeringai la jugak. Sakit woo. Naseb tak melecur. Tapi pedih la jugak. Nak cover malu cuba buat muka cool. Buat2 tak tau jer. Padahal tengah menahan sakit. Tak sampai berapa minit tetiba terkena pulak tembakan kedua kat lengan. Naseb pakai hand sock. Kalau tak, mau merah tangan aku dibuatnyer. Aish apela naseb. Padahal sebelum ni mengadap abang2 duk welding tak pernah pulak kena. Tetiba harini pulak terkena. Adeih.

Untuk lepas lelah aku sempat duk sekejap. Gatal2 gi bukak helmet. Bila dah ok sikit aku pergi balik kat line sambung kerja. Tapi aku duduk tepi line jer. Malas nak naik platform. Entah macam mana tetiba kecoh ada sorang operator ni buat kerja tak pakai helmet. Tetiba aku baru terprasan. Patutla kepala aku ringan jer. Rupanyer aku lupa nak pakai helmet balik. Kelam kabut lari amik helmet balik. Malu giler seh..

Macam2 benda tak best berlaku masa hari pertama tahun baru aku. Tapi apapun aku tetap nak tanamkan azam baru. Alhamdulillah azam aku tahun lepas dah tercapai. Azam untuk graduate pada masanyer akhirnyer tercapai. Untuk tahun baru ni azam baru pulak akan aku tanam. Aku masih lagi belum ada kerja yang tetap. Jadi azam aku untuk tahun ni ialah dapat kerja yang betul2 tetap dan mampu berikan aku peluang untuk berbakti kat keluarga aku.


Ya Allah kuatkanlah hatiku, imanku, dan jiwaku untuk menempuhi cabaran dan dugaan yang mendatang.


You Might Also Like

0 komen dari peminat setia

Facebook Badge