homesick..=(

9:00 AM

susah betol nak carik mood berblogging akhir2 nie. banyak betol benda kena buat. report la, lab la, assignment la. tambah pulak dengan kelajuan internet yang boleh buat orang normal jadi histeria. aiseyman bukan sengaja bagi alasan ye kawan2. tapi hakikat. ngeeeee~

ape pown seminggu cuti raya haji hari tue memang aku rasa sangat seronok. sampai rasa tak nak balik. kalau korang perasan seminggu tue aku jarang update. sedangkan waktu seminggu cuti deepavali aku duk pulun update blog. konon bajet asal cuti je nak update. tapi hampeh. heeeee~


cuti hari tue memang busy giler. ibu dah bagi kepercayaan kat aku untuk jadi driver dia. tue yang buat aku macam kera dapat bunga. hepy gila2. sampai tak kesah tengah sakit cirit birit pown duk tahan nak drive punye pasal. nie jugak first time aku pergi klinik drive sendiri. <--- tanda2 jakun sebab dapat drive. hehehe..


yang lagi bestnya aku drive lalu depan sekolah lama aku. semata-mata sebab nak jemput adik aku yang ngada2 tak nak angkat buku teks naik bas. ngade2 betol. sabar jela. lepasnie tak payah la ibu aku bazir duit bayar duit teksi. aku kan ada. hihihi..

nak balik UMP lak aku pulun beli stok makanan sebulan. masa beli2 tue maen beli jer tak pikir lansung camner nak bawak balik. last2 amik kau gila berat beg. nasib baek urusan aku dipermudahkan. asal naik bas jer ada yang baik hati tolong angkat. alhamdulillah.


apa pown sem nie lagi beberapa bulan jer nak habes. kalau ikutkan tak sabar sangat2. takut pown ada. semoga aku dapat lalui hari2 mendatang dengan tabah dan kuat. Ya Allah berikanla aku kekuatan dalam menempuhi semua ini. amin..


hidup kalau tak de dugaan bukan hidup namanyer. heeee~^__^

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia