What would Puss in Boots do?

12:54 AM

puss in the boots watak kucing comel yang tertulis dalam buku cerita masa aku kecik2 dulu. kira lama jugak la watak nie wujud. seekor kucing yang memakai sepasang boot, berjalan dan bercakap macam manusia. sangat unik kan. tapi hakikatnyer dia masih lagi seekor kucing kecil yang comel.

terima kasih kepada United International Pictures Malaysia dan Nuffnang kerana memberi peluang kepada kami ahli2 nuffnanger untuk menyaksikan premiere screening 'Puss In The Boots'.

Puss in Boots

tapi sebelum tue kena jawab satu soalan.

macam mana anda mahu melawan penjahat. bayangkan diri anda sebagai Puss dan Kitty Softpaws.

bukan sesuatu yang senang sebab kedua-dua makhluk nie hanyala kucing kecil yang mampu berkata. tapi kecil2 cili padi. Kitty Softpaws mempunyai kebolehan yang amat luar biasa. iaitu mampu melekakan pihak lawan dengan gayanyer tersendiri. Puss pulak seorang pahlawan kecil yang sangat berani dan pandai bermain pedang.

apabila mereka berdua nie digabungkan. maka dengan senang penjahat dapat dikalahkan. terutama apabila kedua-dua mereka nie mempunyai satu kebolehan menarik hati musuh dengan kecomelan mereka. mereka nie memang comel.

jadi kalau aku sebagai watak dua ekor kucing nie. aku akan bergabung tenaga dan berkerjasama. sebab kebolehan yang ada pada diri masing2 mampu menutup kelemahan yang ada. penjahat pown manusia biasa yang mempunyai kelemahan tersendiri. lagi2 bila hati dah digelapkan dengan ketamakan. lagi senang untuk diperdayakan.

kadang2 untuk melawan kejahatan tak semestinya dengan kekuatan fizikal. kekuatan akal juga mampu untuk menewaskan musuh.lagi pown penjahat bukan pandai sangat. kalau tak tak dela dia jadi penjahat kan. heeeee~

semoga rezeki menyebelahi.. amin..^_^

You Might Also Like

2 komen dari peminat setia