aku anak pak haji.. ngeeeee~

9:00 AM

selama 21 tahun aku hidup kat dunia nie aku tak pernah lansung mengantar orang yang nak naek haji. selalu tengok kat TV jer. tengok betapa ramai hamba Allah yang terpilih untuk jadi tetamuNya. Kompleks  Tabung Haji Kelana Jaya pown aku tak tau kat mana. tapi semalam untuk pertama kalinyer dalam hidup aku jejakkan kaki kat situe.


mengantar siapa pulak..??


alhamdulillah apak salah seorang hamba Allah yang terpilih untuk tunaikan haji tahun nie. kadang2 sebak dada nie terasa sebab dari tahun lepas lagi apak dah beria-ia nak tunaikan ibadah haji. ingat lagi tahun lepas. dah siap packing bagai. injection doktor pown dah amik. tapi last minit kata kansel sebab VISA tak lulus. alhamdulillah rezeki apak tahun nie.

semoga apak dapat tunaikan ibadah haji dengan lancar dan sempurna. Ya Allah peliharala apak dari segala malapetaka dan bahaya sepanjang dia kat sana. semoga dia selamat pergi dan selamat balik. semoga apak dapat haji yang mabrur. amin..


semoga semua para jemaah haji seluruh dunia selamat pergi dan selamat pulang serta mendapat haji yang mabrur di sisi Allah, amin..

You Might Also Like

2 komen dari peminat setia