its a best day ever..^_^

9:00 AM

apa yang berlaku semalam buat aku tersengih jer sampai sekarang. dari pagi sampai la ke petang ada jer kejadian yang buat aku rasa---> yes..!!!! atia yang lama dah come back. huhuhu..

atia yang peramah, banyak cakap, suka gelak, tak kesah sorang2. semuanya aku dapat rasa semula semalam. syukur alhamdulillah aku diberi peluang macam tue.

apa yang berlaku..??

ok kita cerita satu2. bas aku dari Shah Alam ke Kuantan dalam pukul 10pagi. aku amik keputusan untuk naek SANI express. sudah tentu la sorang2. first time tue. tue yang excited giler. dari rumah ke terminal Shah Alam disebabkan apak tak ada untuk hantar, jadi ibu upah anak jiran aku untuk hantar aku. ofkoz la lelaki kan. hensem ke tak..?? entahla aku tak berani nak pandang muka dia. yang aku ingat muka dia zaman kecik2 dulu jela. hehehehe..

yang tak boleh belahnyer ibu aku boleh pulak bagi dia green light untuk ngorat aku. what the fish. adeih.. aku cover2 malu jer bila ibu cakap macam tue. siapa tak malukan. dah la aku kena naek kereta berdua je ngan dia. aiseyman sabar jela.

dalam kereta ok jela. dia pown banyak jugak cakap. tapi dia banyak soal aku banyak jawab. paham2 jela aku kan pemalu orangnyer. ngeeeee~. tapi entah macam mana keluar soalan cepu emas yang buat aku nak terbelahak. naseb baek sempat cover. soalannyer....

PAKWE ORANG MANA..???

adush..!!!! tak de soalan laen ke. aish.. dengan agak2 cover malu ngan cover cun aku jawab.. adeih napela aku jawab camtue. aku jawab yang aku nie kecik lagi untuk ada pakwe. badan dah besar cam gajah kecik menda. serius aku tak tau nak jawab camner. tak sangka lak soalan tue keluar dari mulut dia. naseb baek tak keluar soalan nak kaple tak. mau aku terjun dari kereta tue. adoyai..

ibu punya pasal la nie. yang pergi bagi green light kat mamat tue pasal pe. aku tak ready lagi la. ibu aku cakap dia tak kesah aku nak kawan ngan sape. kalau boleh dia tak bagi aku jual mahal. tapi tia bukan jual mahal la ibu. cuma tia pikir tia belum ready je lagi untuk ada tanggungjawab kat bahagian tue. cukupla buat masa nie tanggungjawab sebagai anak, kakak ngan pelajar. aku nak lepaskan dulu tanggungjawab sebagai pelajar baru cari tanggungan yang baru. hihihihi..


sampai kat Kuantan pulak mula2 aku amik keputusan untuk naek bas Rahmat Alam untuk balik Pekan. entah macam mana boleh tertinggal. naseb baekla jumpa abang teksi nie. dia kata boleh hantar sampai UMP Pekan dengan harga RM60. mula2 berat hati jugakla. tapi bila pikir balik amik jela. dari aku kena tunggu bas sorang2 baek aku keluarkan duit naek teksi. sekurangnyer keselamatan ngan keselasaan aku terjamin. heeee~

alhamdulillah abang yang bawak teksi tue baek sangat2. peramah lak tue. aku sendiri tak sangka aku pown seramah tue. banyak nasihat yang abang tue bagi kat aku pasal lelaki. baru kenal macam dah lama jumpa. abang tue memang sangat open minded. apa yang dia cakap semuanyer benda betol. sebabnyer aku pown pernah laluinyer. sepanjang perjalanan kitorang berborak. serius aku seronok gila borak dengan dia.

kata dia kalau betol seseorang lelaki tue jujur dan ikhlas nak kat kita dia takkan sesekali ajak kita buat jahat. benda yang paling penting kalau lelaki tue betol2 serius dengan kita dia akan bawak kita jumpa mak bapak dia dengan rela hatinyer dan berani bersemuka dengan ibu bapa kita. jodoh pertemuan memang di tangan Tuhan. tapi tak semestinya kita tak de peluang untuk memilih.

apa pown apa yang berlaku semalam masih buat aku tersengih sampai hari nie. kadang2 pikir lawak la pulak kan. syukur alhamdulillah aku dipertemukan dengan orang2 yang baek. kalau ikutkan aku dah cuak dah bila pikir kena balik sorang2. dahla nie first time aku balik naek bas sorang2. memang cabaran baru la bagi aku. huhuhu..

its a best day ever..^_^

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia