pakwe curang sampai sanggup cakap makwa gila kat perempuan laen..

4:00 PM

tetiba teringat kisah lama. sebab tiba2 baru aku tau satu benda. yang buat aku rasa nak gelak tak henti2. tapi dalam masa yang sama aku kesian la pulak kat orang yang terkena tue.

ceritanya macam nie. dulu masa aku kaple ngan sorang mamat nie. satu hari nie ada seorang perempuan yang bernama P** post kat wall dia. ala fesbuk kat suka bagi2 solan contoh

si dia ni comel tak..??
kalau dia ajak dating nak pergi tak..??

lebih kurang macam tue la. jadi si P** nia buat la test nie. entah macam mana soalan untuk mamat nie.

***m* **e** nie manis tak..??

lebih kurang macam tue la. aku pown tak sure manis ke hensem ke apa. tapi yang pasti dekat2 la. jadi jawapan si P** tue berbunyi

mestila.. kalau tak tak dela si S** terpikat.. huhuhu..{huhuhu tue saja je tambah.. heeee~}

aku apa lagi dengan perasaan ingin tau aku mesej dia tanya siapa si S** tue. macam pelik je. dia pulak macam nak tak nak je jawab. katanyer tak penting. tapi aku paksa jugak dia bagitau. tapi cara aku paksa laen sikit. dengan cara lembut. aku cakap la aku tak marah pown. aku nak tau jer. takkan tak boleh tau kowt. aku kan 'awek' dia.

last2 jawapan dia macam nie.

ahr!.. di tue kawan kepada cik P**. just ignore jer. my love is always for you Maizatul Khiftia Amirudin..{nak termuntah baca.. dah la eja nama bapak aku salah.. bengong tol..}

aku tak puas hati aku tanya lagi. siapa dia tue. takkan la cik P** tue suka2 nak cakap camtue. jawapan dia..

ala si S** tue pompuan tak betol yang gila2 kan abang. abang tak suka pown kat dia..

masa aku dapat jawapan dia nie agak panas la jugak aku rasa. sebab suka2 hati jer kata perempuan camtue. salah ke kalau perempuan suka kat lelaki. dia tak sedar yang dia pown dua kali lima jer. duk tergila-gilakan aku. sedangkan dah banyak kali aku cakap aku belom sedia. aku kaple ngan dia pown sebab atas dasar aku ingat dia janji nak tolong aku ubati hati aku yang luka. tapi hakikatnyer dia makin lukakan hati aku adala.

entah macam mana baru2 nie aku dapat tau yang si S** tue rupanyer awek dia. dorang dah kaple dari taun 2009 sampai sekarang. aku pulak kaple ngan dia taun 2010. maknanyer aku kaple ngan pakwe orang. dan maknenyer perempuan yang dikatakan gila tue awek dia. kesian betol awek dia tak tau lansung perangai pakwe dia macam tue. sampai sanggup cakap macam tue tentang awek dia sebab nak tipu perempuan laen.


jadi kat perempuan yang baca entry nie hati2 la yer. jangan jadi macam aku. asyik kena tipu jer ngan pakwe orang. kalau boleh sebelum jatuh hati kat seseorang tue siasat dulu. jangan maen terima jer.

paling pantang orang salah eja nama bapak aku. aish…

You Might Also Like

5 komen dari peminat setia