iftar with HRH family..^_^

9:00 AM

pejam celik dah masuk raya ke enam. pejam celik lama jugak aku tak update blog ni. susah pulak nak carik balik rentak berblog macam dulu. hati rasa macam nak update. tapi otak tak dapat nak pikir nak tulis apa. tapi bila laptop tak de depan mata macam2 pulak rasa nak luahkan. tapi bila dah berdepan laptop tangan jadi kaku nak menaip. jadi keluarlah ayat2 merapu ni. hehe..

tahun ni aku berpeluang berpuasa dalam suasana baru. konon alam pekerjaan. padahal budak praktikal jer. buatkan aku merasakan puasa tahun nie kejap bebenor. betul ke dah raya..?? ngeeee~

sepanjang sebulan berpuasa sebagai budak praktikal ni macam2 berlaku. macam2 penyakit datang. sakit perut la, selsema la, batuk la, hampir demam pon ada jugak. nak tak nak aku kena tahan semua tu. demi menggenggam segulung ijazah apa pon sanggup ku lalui. chewah. hehe..

sebelum beraya aku berpeluang berbuka puasa dengan staf2 tempat aku praktikal. terima kasih kepada bos tempat aku bekerja sebab berikan aku peluang untuk turut serta. tempatnyer ialah kat De Palma hotel kat Shah Alam. terima kasih jugak kat kak Misah sebab sudi tumpangkan aku sekejap kat rumah dia. kalau aku balik rumah jangan haraplah aku dapat join. hihi..


susah jugak nak menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan. aku rasa kecik sangat kalau duduk dengan diorang. aku rasa diri ni tak ready lagi untuk tempoh alam pekerjaan. aku belum cukup matang untuk semua nie. aku belum bersedia. aish.

tinggal beberapa minggu je lagi. aku dah kena balik UMP. cuti kali ni memang dipenuhi dengan kerja jela. naseb baek cuti raya dapat seminggu. dapat jugaklah aku ruang berehat. rehat la sangat. tidur jer memanjang. makan ubat punya pasal. disebabkan batuk aku yang tak elok2 ni, duit raya aku RM100++ melayang. kalau tak baik jugak tak tau la. adeih.

wish me luck for presentation nanti.. huhu..^_^

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia