Thursday, August 30, 2012

bila diri dilanda kebuluran..

selalunya bila aku balik je cuti semester mesti akan dengar ayat2 macam ni

"e'eh tia ko dah kurus la"
"tia camner ko boley slim ni"
"tia ko diet ea..??"

aku rasa aku tak berubah pon. maintain je adalah. tak caye tengok SINI. niat buat post ni bukan untuk memerasankan diri. cuma nak menerangkan yang aku sama sekali tak diet dan belum ada niat lagi nak diet. tapi apa yang terjadi sebenarnya adalah begini.


nampak tak gambar atas ni. korang rasa makanan apakah ini..?? ni la apa yang berlaku sebenarnya. kalau korang, nak tak makan benda ni..?? tapi apa yang berlaku ni la aku makan bila perut dah lapar. nak pergi kafe aku jemu makanan kafe. nak masak bahan tak ada. nak puasa, dah malam puasa apanya.


gambar kat atas ni pulak nampak je macam comel2 gitu. tapi rasanya aku sendiri tak lalu nak ingat. tapi lapar punya pasal aku telan je. nak buat nasi goreng. tapi bahan dia cuma nasi ngan perencah nasi goreng je yang ada. jadilah macam kat atas ni. naseb baek ada kari ayam dalam tin. tapi rasa dia tak berubah pon.

yang nie nasib ada nasik. kalau tak biskut kering jela. 


tu yang bila dapat jer outing fokus utama kitorang ialah keluar carik makan. nak tau cerita sebelum ni klik SINI dan SINI. sanggup habes duit makan je. sebab tau bila jejak je kaki masuk UMP kitorang takkan dapat merasa makan sedap lagi. 

kadang2 ada jugak kitorang merajinkan diri untuk sewa kereta pergi Eng Hong Pekan beli barang. tapi tak boleh kerap sangat sebab modal nak keluar jer dah RM20. kalau tiap2 hari mau pokai. bila dapat jer beli barang, mulalah mereka macam2.


semuanya hanya menggunakan rice cooker. kalau lah staf KK5 tau ni konfem kena kompoun. nak buat camner. kafe yang ada pon tak dapat nak support makanan untuk berapa kerat jer student UMP Pekan tu. asal turun makan lambat je lauk habes. lambat pe nye kalau baru pukul 12tengah hari lauk tinggal kuah je. 

tapi yang kelakarnyer bila balik jer UMP dari cuti ayat laen pulak aku dengar.

"tia ko dah GEMUK...!!!!"

aiseyman..>_<



0 komen dari peminat setia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez