Ramadhan 2012 suatu kenangan.. Syawal 2012 disambut penuh kesyukuran..

9:00 AM

puasa tahun ni macam aku cerita sebelum ni agak mencabar disebabkan aku tengah praktikal. nak tau cerita klik SINI. tu yang buat aku rasa puasa tahun ni kejab bebenor. tetiba dah raya. cuti pon dah nak abes. minggu depan masuk kerja balik. presentation lagi. aduhai.

kalau ikutkan aku tak de mood lansung nak beraya tahun ni. sebab pikirkan macam2 benda kena buat. tapi nasib baek sepupu2 aku menaekkan sedikit rasa nak raya. raya tahun ni masih sama macam sebelum2 ni. yang laennyer semua dah besar2. mungkin tak seseronok masa zaman budak2. tapi keakraban yang lahir sejak kecil masih utuh tak runtuh2. heeee~

raya pertama macam biasa kitorang berkumpul kat rumah nenek kitorang kat Kajang. alhamdulillah nenek aku sehat lagi. itu yang beri peluang untuk kitorang masih lagi berkumpul. kuih raya tahun ni jugak sedap2 la pulak. makin teruklah batuk aku nampaknyer.


raya kedua pulak kitorang ramai2 balik kampung nenek ngan atok aku kat Sungai Besar. kalau ikutkan tak ada la jauh sangat. tapi jamped punya pasal membuatkan kitorang semua kepenatan melampau. bayangkan jamped dari Tanjung Karang sampai ke Sekinchan. singgah Petronas nak pergi toilet pon kena beratur panjang. betapa ramainyer orang beraya tahun ni. tahun lepas tak de pulak macam ni.


tak sangka pulak tahun ni dapat kesempatan bertemu dengan sepupu bapak aku Salih Yaacob. nak tau cerita sebelum ni klik SINI. tapi niat di hati bukan nak jumpa Salih Yaacob benanyer. aku teringin nak jumpa bini no 4 dia. boleh pulak macam tu kan. bila ditanya mana pergi semua isteri2 dia. katanyer semua hantar service. masing2 balik kampung sendiri. tinggal la dia beraya seseorang ngan mak dia. huhu.


apa pon raya tahun ni baju aku sehelai jer. tu pon ibu aku yang belikan. yang baju biru ni pulak pinjam baju ibu aku. sebab ibu aku tak boleh pakai. jadi aku amik alih lah. hehe..


macam tu la ceritanyer. kalau perasan aku dah makin merapu kan bila menulis. aish mood berblog manalah dikau. datanglah kemari. aku merinduimu. ngeeeeee~

Peace no War..^_^


You Might Also Like

0 komen dari peminat setia