bubye PSM 1, PSM 2 here I come.. huhu..

12:20 PM

alhamdulillah aku dah melepasi seminar PSM 1. cuma tinggal menunggu keputusan je. doa2 apa yang aku harapkan tercapai. aku dah buat yang terbaik yang aku mampu. semoga usaha aku selama 6 minggu sebelum ini membuahkan hasil yang lumayan.

masa seminar tu aku tak dela dihentam oleh panel macam yang diceritakan oleh kawan2 aku yang laen. syukur sebab dapat panel yang agak sporting. mereka lebih kepada memberi cadangan membina dari menghentam student. dari situ baru aku nampak kelemahan dan kekurangan projek aku. semoga aku dapat mencari jalan untuk memperbaikinya.


sepatutnya aku dah kena ready untuk PSM 2. tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan aku terpaksa mintak cuti dan sekarang ni aku selamat sampai kat rumah aku. mulanya sebelum balik aku nak jumpa supervisor aku untuk maklumkan tentang cuti aku ni. tapi masa aku ke bilik dia, dia tak de. jadi tak sempatlah aku jumpa dia. harap lepas cuti nanti dia tak marah sebab aku hilang tiba2 tanpa kesan. ngeeee~

takut nak menghadapi PSM 2..>_<



You Might Also Like

0 komen dari peminat setia