cabaran tahun akhir..

9:00 AM

dah masuk minggu ke empat aku kat UMP. minggu depan minggu kelima. maksudnyer tinggal seminggu lagi untuk ke minggu ke enam. seminar PSM satu. adakah aku dah bersedia? entahla. aku rasa tak de mood lansung nak buat kerja. dengan banyak paper nak kena baca. berpinar mata. adeih.

debar di dada tak usah cakap la. tiba2 aku rasa aku belum bersedia. tapi aku tak ada pilihan. sedia atau tak aku kena hadapi jugak benda ni. semoga Allah tunjukkan jalan untuk aku teruskan apa yang aku dah mulakan. amin.

mungkin jugak dengan persekitaran UMP Pekan ni yang buat otak aku sumbat. macam tak berkembang je rasa. nak carik ilham pon susah. padahal aku kira dapat topik yang agak mudah. berbanding kawan2 aku yang laen yang dapat tajuk bombastik giler. sampai carik journal berkaitan topik dorang kat internet pon tak jumpa. aku pulak taip je tajuk aku berlambak jurnal boleh jumpa. tapi kenapa aku masih tak dapat idea macam mana nak buat?

hari khamis haritu sempat keluar kejap pergi pekan konon nak keluar kejap dari persekitaran UMP Pekan ni. aku cuba beranikan diri bawak kereta manual. dahla kereta yang aku sewa tu agak keras gear dia. nak masuk gear satu punyalah susah. last2 amik keputusan parking kat satu tempat lepastu jalan kaki jer sekitar pekan. debar jangan cakapla. hanya tuhan je tahu masa tu.


ini jela tempat yang mampu kitorang lepak tenangkan fikiran. tapi tak tenang2 jugak benanyer. Ya Allah tenangkanlah hati hambamu ini. smoga aku dapat buat PSM dengan cemerlang. amin.

kebetulan masa kitorang keluar tu ada pasar malam. aku pulak puasa masa tu. memang rezeki aku la dapat berbuka makanan sedap  haritu. tak dela asyik makan makanan kat kafe jer. jemu sesangat.


masa jejalan kat pasar malam tu boleh pulak terserempak dengan En Wan, lecture HV aku semester lepas. dapat peluang jumpa isteri dia. comel orangnya. pengantin baru la katakan. tengah kitorang lepak2 tu tak sangka pulak En Wan sempat jadi paparazzi. sabar jela.


takut benanyer bila pikirkan PSM ni. sesangatla susah. tapi bila pikir balik senior2 dulu2 boleh buat kenapa aku tak boleh. padahal dorang pon belajar subjek yang sama jugak macam aku. jadi kenapa aku nak lemahkan diri dan pikir yang aku tak boleh buat. you can do it atia. chaiyookk..

Ya Allah permudahkanlah urusan ku ini. semoga aku dapat graduate dari UMP ni tahun depan dengan keputusan yang cemerlang. smoga aku dapat laksanakan impian ibu bapa ku untuk lihat anaknya berjaya kelak. hanya itu je cara yang aku mampu buat agar mereka bahagia. iaitu dengan melihat dan merasai nikmat kejayaanku nanti. amin.

PSM = Projek Sarjana Muda


You Might Also Like

0 komen dari peminat setia