Sunday, October 14, 2012

nikmat bila dapat melihat Kaabah..

menitik air mata aku masa tengok drama Adam & Hawa episod 25. bukan sebab sedih tengok cerita tu. tapi terpegun dengan keindahan Kaabah. tetiba teringat kenangan masa pertama kali aku dapat tengok Kaabah 'live' depan mata. haya tuhan je tahu debaran hati dan terkesimanya aku masa tu.

aku bersyukur kerana diberi peluang untuk jejakkan kaki ke tanah suci dalam usia muda. bukan sekali, tapi dua kali. masa aku darjah 3 ngan darjah 6. kalau ikutkan usia waktu tu sepatutnya aku belum paham lagi kenapa kena buat Umrah. hanya pergi suka2. seronok keliling Kaabah. suka lari2 anak masa sa'e. tanpa paham kenapa kena buat semua tu. hanya mengikut perbuatan orang sekeliling.

tu yang buatkan sampai sekarang aku rasa terkilan sangat sebab sia2kan peluang yang ada. mungkin bukan rezeki aku pada masa tu untuk faham yang Umrah itu juga satu ibadah. yang aku tau masa tu jalan2, shopping2, dan makan. seronok sebab dapat makan sedap2. singgah setiap kedai jual manisan mintak tester. 

"sheikh halal..??"

dialog favourite aku masa tu. bila teringat balik tergelak aku sorang2. betapa indahnya kenangan pada masa tu. yang paling aku tak boleh lupa masa kat telaga zam zam. aku berpeluang untuk mandi di telaga zam zam. bukan betul2 kat telaga la. tapi tempat utama air zam zam disalurkan. sempat jugakla aku mengintai telaga zam zam yang terpisah dengan satu dinding. tapi tak nampak pape pon. sia2 je usaha aku tu. hehe.

pernah jugak aku cuba merayap sorang2 kat sana. tapi tak berani la jauh2. takut sesat. naseb jugakla walaupon usia hingusan macam tu aku dah pandai membaca jawi. jadi aku cuma ingat tulisan jawi tu macam mana then aku carik balik tempat tu sebagai penanda. aku jugak jadi pemandu pelancong nenek aku masa dalam masjid. sebab aku je yang pandai membaca. heeee~

cakap pasal shopping memang banyak giler la barang aku beli. kedai favourite aku kedai 2riyal. macam kedai 2ringgit jugakla. tapi barang2 dalam kedai 2riyal ni lagi best. sebab kedai dia banyak. kadang2 sederet bangunan tu kedai 2riyal. memang heaven giler la. macam2 aku beli. lagi2 masa tu semua orang giler ngan pen kaler2 glitter. banyak giler aku borong.



gambar2 kat atas masa aku pergi umrah tahun 1999. masa tu aku darjah tiga. gambar2 masa darjah enam tertinggal kat rumah. tak sempat nak scan. nie je yang sempat.

baru2 ni ibu aku ada sampaikan hajat dia untuk pergi umrah berdua je ngan aku bila aku dah graduate nanti. ikutkan masa tu rasa nak nangis je. tak sangka ibu aku ada simpan hasrat macam tu. Ya Allah semoga impian ibu aku tu tercapai. sebab tu jugak impian besar aku lepas graduate kelak.

Allahuakhbar..!!!

0 komen dari peminat setia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez