giliran ibu pulak.. ^_^

1:31 PM

kalau tahun lepas apak aku selamat menjalankan ibadah hajinya. nak tau cerita klik SINI. kini beliau dah pon bergelar Haji Amir. tahun ni giliran ibuku pulak.

alhamdulillah ibuku selamat menjejakkan kaki ke kota suci Mekah. hanya mesej je yang mampu dihantar bagi mengirim perkhabaran di sana. jadi bermulalah tanggungjawab aku sebagai seorang kakak. walaupon sebenarnya dah lama dah tak buat kerja2 ni. heee~

semalam aku berpeluang menghantar ibuku ke KLIA. kenapa KLIA? bukan sepatutnya Pusat Tabung Haji Kelana Jaya? ibuku bukan pergi under tabung haji. dia pergi pakej bawah Haji Harun Seh Umrah and Tour. jadi kesemua jemaah haji yang under pakej perlu bertolak sendiri dari KLIA. baru aku tau. ingatkan semua kena berkumpul kat Kelana Jaya. huhu.


lebih 5 tahun rasanyer aku tak jejakkan kaki ke KLIA. tak ada perubahan lansung. sama je. kalau dulu masa kecik2 boleh katakan setiap tahun mesti sekali akan ke KLIA. tapi sekarang dah tak ada sebab untuk ke sana. lagi2 sejak aku belajar kat Pahang. 


semoga satu hari nanti aku pulak berpeluang ke sana. dah lama tak naek kapal terbang. heeee~

sama2lah kita berdoa semoga jemaah haji tahun ini semuanya dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur. amin.

selamat hari raya haji...^_^

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia