home sweet home..

9:00 AM

yeah I'm home. entah bila entah aku terkena penyakit homesick. padahal sebelum ni tak pernah pon. dulu lagi aku suka duduk jauh. tetiba jer sekarang ni laen. heeee~

ni mungkin gara2 terbiasa 3 bulan duduk rumah. sedap makan, sedap pakai, sedap tidur. bila balik UMP rasa semua pahit jer. jadi menjelmalah penyakit homesick tersebut. kalau dulu sedaya upaya cari alasan nak stay kat UMP masa cuti. contohnyer cuti semester tahun lepas aku buat short semester sebab tak nak balik rumah punya pasal. macam2 lagi la alasan aku cari. tapi sekarang laen dah.

balik kelas pukul 10pg. naik bas ke gambang pukul 11pg. carik tiket bas paling awal ke Kuala Lumpur. malas nak turun Shah Alam sebab boring. sampai Kuala Lumpur naek Monorel pergi KL Sentral. kat KL sentral naek KTM pergi Port Klang. dari Port Klang naek teksi balik RUMAH..!!! weeehuuuu..

tapi kat atas tue rancangan semata. yang terjadi laen la pulak. habis kelas pukul 10. lepak dalam bilik konon nak ngemas sampai pukul 1. lepas solat Zohor turun pergi panaskan enjin kereta kak efa sambil tunggu dia kat kereta. pukul 2 pergi fakulti amik kad diskaun 1 Malaysia. sampai UMP Gambang jumpa adik aku kejap bagi barang. sampai KK4 naek bas pukul 4 ke Kuala Lumpur. kat Pekeliling tumpang pakwe wani pergi KL Sentral. kat KL Sentral solat then makan ice cream, naek KTM pukul 8.25. sampai Port Klang my daddy amik lalu ke KFC rasmikan kad diskaun 1 Malaysia. lastly home sweet home.

rancangan aku punya la pendek. tapi yang terjadi panjang berjela la pulak. sebab tu la aku suka turun Kuala Lumpur. kalau turun Shah Alam lagi pendek la cerita. ngeeee~

asalnya nak masukkan gambar untuk entry ni. tapi tetiba baru perasan yang aku tak bawak balik USB kabel enset aku. tu la nak sangat berlenggang balik rumah. sampai tak teringat yang benda tu antara benda penting kena bawak pergi mana2. adeih.

apa pon aku bersyukur selamat balik rumah tanpa sebarang benda buruk berlaku. walaupon masih forever alone. alhamdulillah.


home sweet home..^_^

p/s: 3 hari tak dapat bukak blog hampir meroyan.. ngeeee~


You Might Also Like

0 komen dari peminat setia

Facebook Badge