pendapat aku: masuk matrikulasi jela..

1:37 AM

mesti ramai budak2 lepasan SPM yang dapat tawaran dua tempat sekaligus pening kepala. matriks dapat. upu pown dapat. sape tak pening kan.

tapi kalau tanya pendapat aku. dah dapat matriks tue pergi jela. berapa ramai lagi kat luar tue yang bersedih tak dapat masuk. tapi korang yang dapat masuk nie duk sia2kan peluang yang ada.

persetankan semua rumors tentang matriks tue. matriks susah la.. kena struggle la.. masa singkat la.. kena cepat la.. tak boley maen2 la.. nanti kena kick malu la.. nie semua mind set orang yang mengaku kalah sebelum berlawan.

kalau mind set korang macam tue. korang ingat kalau korang amik diploma ke pe, korang terhindar ke dari benda2 macam nie. siapa cakap tak de budak diploma kena kick. kalau korang belajar maen2 ofkoz la kena. 

niat sebenar tue kena betolkan. kita nie nak belajar. ilmu ada kat mana2. macam2 cara kita boleh dapat. mana ada benda senang kat dunia nie. kalau semua senang memang tak de la peragut atau penyamun kat dunia nie. semua pakat masuk universiti amik diploma sebab senang. 

korang kena la bersyukur sebab terpilih dikalangan pelajar lepasan SPM yang memohon. bukan aku tak bagi korang amik diploma atau ape pown. tapi aku nak korang sedar yang peluang yang diberi tue jangan di sia2kan. 

memang sijil matrikulasi tak laku untuk mintak kerja. tapi laku untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. takkan korang nak berakhir setakat diploma jer..??

tapi aku tak kesah kalau korang dapat koz yang betol2 korang minat. nie jangan la korang matriks dapat sains hayat. upu pown dapat sains hayat. tak ke benda yang sama..?? lepastue korang nak abaikan matriks disebabkan rumors tentang matriks. masa tue sebenarnya korang dah rugi sangat2.

nie semua adalah pandangan aku. sebab aku agak tak suka bila ada orang yang nak tolak tawaran matriks disebabkan rumors2 tue. tak de niat nak merendah sape2. maaf kalau ada kata yang mengguris mana2 pihak. aku hanya mengutarakan pendapat aku. terpulang kepada korang nak terima atau tak.

You Might Also Like

17 komen dari peminat setia