single bukan maksudnya forever alone..

9:00 AM

dah dua tahun lebih berlalu selepas peristiwa yang mungkin hampir membuatkan aku ingin bunuh diri. tapi alhamdulillah aku masih kuat melawan. mungkin iman yang ada cukup untuk menahan diri. syukur kepada Allah sebabnya aku diberi peluang untuk berfikir rasional pada masa tu. untuk tahu cerita penuh boleh lah ke blog aku yang lagi satu kisah-gadismelayu.blogspot.com. carik post tahun 2010. kalau rajin la. ngeeee~

pada mulanya susah jugak nak biasakan diri dengan kehidupan tanpa "dia" kat UMP. salah satu benda yang aku takut masa mula2 dulu ialah dapat ke aku teruskan hidup kat UMP tanpa "dia".?? sebabnya dari awal aku hidup kat UMP ni aku asyik bergantung ngan dia. mungkin salah aku jugak sebab percaya dia 100%. 

aku agak down jugak masa tu. belajar entah kemana. yang aku tau masa tu nak buat sesuatu yang boleh lupakan "dia". tapi aku tak tau apa. tu buatkan aku banyak buang masa. aku ingat masa tu aku asyik gi bilik kawan2 aku lepastu ajak lepak. kadang2 sampai tengah malam. nasib pak guard tak halau. hehe.


pointer pon masa tu drop giler2. nasib baik engineering lab aku dapat A- dan membantu pointer aku sikit. rasanya kalau tak de subjek tu mau aku dapat P1 masa tu. kalau tak, tak pasal je kena pergi ceramah tiap2 bulan. aish.

kawan2 aku banyak membantu. diorang selalu ada kalau aku perlukan dorang. tapi kadang2 rasa terasa jugak bila tengok mereka2 ni bergayut dengan pakwe masing2. konfem aku tinggal tepi. masa tu mula rasa sunyi giler. buatkan aku buat kerja giler. masuk ruangan chating kat yahoo massenger. chating dengan orang yang aku tak kenal. siap ajak jumpa lagi. ajak kaple lagi la banyak. nasib aku jauh. hihi.

tapi tu semua dulu. lepas jumpa ustaz Yunan, kaunselor UMP. aku mula sedar yang aku sebenarnya lupa yang jodoh maut ditangan tuhan. harap je solat penuh. tapi hati masih tak yakin kada' qadar Allah. masa tu rasa diri ni berdosa sangat. astargfirullah.

alhamdulillah aku boleh sebenarnya hidup tanpa "dia" dan aku sekarang nak masuk tahun akhir dah pon kat UMP. selama dua tahun lebih ni jugak belum ada yang dapat buka hati aku untuk bercinta lagi. sejak peristiwa tu hati aku jadi keras. kalau dulu pantang nampak mamat hensem mula berangan macam2. tapi sekarang buat tak nampak jer. 

sebab tu jugak aku tukar cermin mata aku kepada bingkai plastik tebal. kalau dulu seboleh-bolehnya nak cermin mata tak de bingkai. tetiba jer tukar bingkai plastik tebal. motifnya bila aku nampak lelaki yang mampu menggegar jiwa aku akan muhasabah diri aku yang dia bukan pandang aku pon. lagi2 dengan pakai cermin mata gini. lagilah tak nampaknyer dia. ngeeee~


apa pown yang pasti single tak bermaksud forever alone. tapi sebenarnya kami mampu berdikari tanpa harapkan pakwe atau makwe. kadang2 mungkin aku terasa sunyi. tapi bila dipikirkan balik aku patut bersyukur ada rasa macam tu. perasaan ni anugerah tuhan. tak kira la sedih atau keciwa sekalipun. bukan semua orang dapat rasa macam ni. hidup cuma sekali. kalau gembira je bukan hidup namanya.

aku sentiasa berdoa walau apa pon cubaan dan dugaan yang menimpa aku lepas ni aku harap aku kuat dan tabah melalui. Allah takkan duga hambanya kalau dugaan itu tak terpikul oleh manusia. setiap dugaan pasti ada hikmah disebaliknya. insyaAllah.

hanya mampu berdoa mengharapkan jodoh terbaik dari Allah..^_^

You Might Also Like

5 komen dari peminat setia

  1. hmm...btol tuh semua ditentukan allah so hope yg terbaik utk awk yer...
    done follow awk jemput
    http://myaleo.blogspot.com/2012/08/wedding-preparation-berinai.htmlsinggah

    ReplyDelete
  2. kita sama atia.. dulu pernah kecewa..
    tapi tu la.. percaya pasti ada hikmah semua ni berlaku.
    tapi akak bersyukur sebab dah break n tau sifat sebenar dia,,
    jodoh tu ketentuan Allah,
    mungkin kita belum bersedia, sebab tu Allah tak temukan lagi dengan jodoh kita..
    tapi percayalah, suatu hari nanti.. dia yang sebenar2nya dia pasti datang..^^

    ReplyDelete
  3. Masmira Masri: insyaAllah.. thanks..^_^

    Cik Pulau: betul tu kak.. syukur sbb Allah tunjukkan kebenaran sblom terlambat.. insyaAllah..^_^

    ReplyDelete