welkam to the hell.. aish..

9:00 AM

"welkam to the hell"

ayat yang selalu keluar dari mulut lecturer bahasa inggeris aku masa tahun dua dulu. asal masuk kelas dia mesti duk sebut ayat tu. bagi dia, dia akan jadikan student dalam kelas dia rasa terseksa macam dalam hell la kononnyer. tu buat kitorang memang terasa bahangnya.

tapi sekarang aku yang duk sebut ayat tu bila jejakkan kaki masuk UMP. bukan apa, setiap kali masuk semester baru ada je benda berlaku yang hampir buat aku sawan meroyan. tu yang buat aku malas sangat nak balik UMP. dari tahun 1 lagi. ada jer.

semester ni aku bergelar student tahun 4. dengar macam best je final year student. tapi hakikatnyer hanya tuhan je tau betapa payahnyer bila bergelar student tahun akhir. macam2 benda kena buat. dengan report latihan industri yang tak siap2 lagi. tetiba dah kena prepare untuk projek sarjana muda, PSM. adeih memang mencabar minda sungguh.

dari semester lepas lagi aku dah teringin nak ber SV kan En Ruslim. alhamdulillah aku dapat apa yang aku citakan. macam2 halangan jugakla. mula2 kena compete dengan juerk. masa tu debor giler rasa sebab kena compete dengan kawan sendiri. dahla dia memang ada input sikit pasal tajuk tue sebab LI dia ada kaitan sikit dengan tajuk yang kitorang compete. syukur rezeki menyebelahi aku. aku dapat tajuk tu.

tapi hati maseh jugak bedebor sebab tepikir boleh ke aku bawak tajuk tu. kalau ikutkan bukan tajuk tu je. semua tajuk PSM aku rasakan benda yang sama. cuma tajuk yang dari en Ruslim ni aku rasa lebih tertekan sikit sebab aku dah didedahkan dengan dificulties tajuk ni. tipu la kalau kata tak takut. tapi bila pikir balik tajuk2 laen pown sama jugak susah bagi aku. sekurangnyer aku dah paham sikit2 tajuk dari en ni.

dua hari aku meroyan bagai orang giler. memikirkan sama ada patut teruskan apa yang aku dah pon mulakan ataupon berhenti je tengah jalan.pikir punya pikir sampai rasa nak hantuk je kepala kat dinding. tapi akhirnya aku decide untuk teruskan jugak. kalau bukan sekarang bila lagi aku nak cabar diri aku buat benda yang susah kan. nanti dah kerja nanti lagi banyak benda susah menanti.

disebabkan tu jugak aku rasa malas sangat nak kemas bilik. lagi2 bila banyak barang tak de lagi. hanger baju, selipar jamban, dan macam2 lagi la belum dapat kebenaran lagi untuk keluar stor. stor belum bukak lagi. jadi setakat susun tepi je la semua barang yang ada. sampaikan pergi tandas pon pakai heels. ko ada..?? heeee~


kalau perasan barang2 dalam bilik aku banyak yang warna biru. my favourite kaler tue. koleksi barang doraemon aku pon bertambah. sukanyer kiter.. hehe..


new semester new problem..>_<


You Might Also Like

0 komen dari peminat setia