rindu kenangan KAKOM 08/09

9:00 AM

benda ni dah dekat 4 tahun berlalu. tapi kenangan pahit manis KAKOM 08/09 kuat lagi dalam ingatan aku. rindu sangat masa tu. rasa bahagia sangat masa tu. rasanyer tu la kali pertama aku dapat gelak sekuat hati dengan mereka2. 


"awak2.. nak gi mana tu..??"
belum sempat jawab
"nak carik kayu api.. kayu api... hahaha.."
hampeh betol.. adeih..


hahaha. kelakar bila teringat. banyak matriks yang duk sendakan lagu tu. last2 kalah dengan team tu jugak. banyak giler benda yang bila teringat balik buatkan aku gelak sorang2. kadang2 bila rindu aku dengar balik lagu2 tarian kitorang. ulang2 sampai jemu. video pon maseh lagi aku simpan. sayang giler.


nasib baik zaman tu kamera digital dah tercipta. rasanya kalau guna kodak lagi tak dapatlah kitorang nak bergambar banyak2 macam ni. huhu.


last but not least, KAKOM 08/09 yang buatkan aku dapat banyak kawan masa matriks dulu. persahabatan yang terjalin insyaAllah kekal sampai sekarang. dorang yang buatkan hidup aku ceria sepanjang aku bergelar pelajar Kolej Matrikulasi Perak, KMPk.


kalau diberi peluang balik ke masa lalu, mungkin aku akan pilih patah balik ke saat2 ni. kenangan terindah.


rindu nak menari sebenarnyer..>_<

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia