Sunday, September 9, 2012

bye2 HRH.. UMP here I come..

masa post ni dipublish aku mungkin dalam perjalanan balik UMP. tak sangka dah 12 minggu berlalu. tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku. suka duka bercampur gaul. aku gembira akhirnya aku dapat tamatkan praktikal aku selama 12 minggu tu. tapi aku sedih bila pikirkan aku takkan jumpa mereka2 lagi. mereka2 lah yang sentiasa ceriakan hidup aku selama 12 minggu ni.

alhamdulillah aku ditakdirkan praktikal di tempat yang orang2 dia sangat2 la friendly. masing2 ada perangai tersendiri yang buat aku kadang2 nak tergelak kalau teringat. ditambah lak dengan perengai aku yang blur2 ni. memang jadi mangsa buli la.

supervisor aku kat sana nama dia puan Saeidah. disebabkan dia baru je kawin jadi ramai staf yang tak biasa lagi panggil dia dengan gelaran "Puan". puan saeidah ni masa mula2 aku jumpa aku takut jugak benanyer. tapi entah macam mana boleh berpeluang borak semeja dengan dia. terbolah jugak orangnyer. buatkan aku makin hormat dia. ngeee~

dalam banyak2 staf kat situ aku paling rapat ngan kak misah and amir. sebab dorang yang paling dekat ngan aku. kak misah selalu jugak jadi teman berborak aku. amir pulak sokmo buli aku. dorang yang selalu buat aku rasa seronok duduk kat ofice. kalau dorang ni tak de sunyi jer rasa. huhu.

selaen amir ada sorang lagi kaki buli aku. anuar nama dia. nampak je muka cam tenang baek je. tapi bila dia mula langkah dia, adeih boleh sakit jiwa dibuatnya. dia pernah buat aku sampai takut bila nampak dia dalam ofice. dalam hati "alamak anuar masuk ofice lak arini". bila dia tak masuk ofice "fuhh lega". tapi sejak aku pergi maintenance dengan dia, takut tu mula hilang. kelakar lak bila teringat balik. hehe.

kak ami pulak masa mula2 aku dengar suara dia kat tepon aku bayangkan muka dia bulat2, kecik2, comel gitu. tapi bila first time jumpa dalam hati aku terus terdetik, "hotnyer kakak tu..!!" ngeeeee. mungkin sebab umur dia yang hampir sebaya aku (tapi dia lagi tua la.. heee~) membuatkan aku rasa seronok duduk semeja dengan dia. paling suka bila dia bercerita. konfem gelak2. haha.

aku paling suka tengok gaya kak aida. cara pakaian dia, tudung dia. cantik sangat. sampai aku hampir tak percaya anak2 dia dah ada yang belasan tahun. kak yati pulak aku jarang sikit dapat berborak dengan dia. tapi dalam diam2 dia tu pandai jugak menyakat. dun play2. heeee~

abang nazim, abang azrin ngan abang kamal jarang ada kat ofice. tapi aku berkesempatan jugak pergi site dengan mereka2 ni. kiranya ada jugaklah kenangan. ngeeee~

dalam 12 minggu aku praktikal kat sini banyak jugak kenangan pahit manis yang takkan dapat aku lupakan. bertambah lagi lah sejarah dalam hidup aku. 

 Iftar di De'Palma Hotel Shah Alam


Raya Celebration, Belated Birthday and Farewell Party


Hanitek Open House


gelagat dalam office


untuk hadiah perpisahan aku sediakan gambar ngan phone charm. tapi masa nak sediakan gambar tu aku tersilap cuci gambar dulu baru carik frame. tak de lansung frame untuk gambar size 6R rupenyer. last2 aku terpaksa beli frame size A4 lepastue aku lekat atas kertas ada gambar katun burung. macam budak2 pon ada gak. tapi nak wat camner. untuk phone charm pulak ianya adalah hasil tangan aku yang tak berapa nak kreatif. tu jela yang aku mampu. huhu.


ini pulak hadiah dari staf2 HRH Resources


tinggal setahun je lagi aku kat UMP. jangan jadi zombi lagi sudah la. harap aku dapat tempoh kehidupan kat UMP nanti dengan kuat dan tabah. PSM 1 dan PSM 2 menanti. debor bila pikirkan. hope aku dapat buat yang terbaek. insyaAllah.

terima kasih sebab terima tia selama 12 minggu ni..^_^




0 komen dari peminat setia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez