mabuk kereta.. adoyai..

9:00 AM

campak lah aku setinggi mana, mungkin aku boleh tahan lagi. tapi kalau suruh naek roller coaster kat times square, mungkin korang kena usaha untuk seret aku. sebabnyer aku suka tempat tinggi. tapi aku gayat dengan kelajuan. ada ke istilah gayat laju..?? entahla..

disebabkan tu aku sangat takut kalau naik kereta yang dipandu laju. lagi2 kalau jalan banyak selekoh. lagilah aku gerun. dari kecik sampailah sekarang. kalau dulu setiap tahun family aku akan pergi kuala pilah melawat tok ayah aku. rasanyer korang sendiri tau macam mana keadaan jalan kuala pilah dolu2. kena naik turun bukit baru sampai. jalan dia pulak berpusing-pusing. memang menggoda diri untuk meluahkan segala isi perut yg ada. bapak aku pulak nak cepat sampai bawak agak laju jugakla. adeih.


itu yang menyebabkan aku pasang strategi untuk elak dari muntah atau mabuk kereta. macam hebat lak kan strategi bagai. sebenarnyer aku cuma paksa diri aku tidur. bila sampai jer permulaan tempat yang selalu buat aku mabuk kereta, aku akan mulakan posisi tidur aku. aku akan pejam mata sampailah aku berjaya untuk tidur. misal kata aku tak dapat tidurkan diri aku akan tetap pejam mata aku. sampai je rumah tok ayah aku baru aku bukak mata balik.

tu dolu2 punya cerita. aku pon dah lama tak pergi kuala pilah sejak tok ayah meninggal. cerita sekarang pulak aku takut kalau lalu karak highway. bukan sebab cerita2 seram yang pernah berlaku, tapi keadaan jalan yang berliku-liku buat aku tak keruan dalam kereta. disebabkan itu aku akan readykan diri aku untuk tidur dari kawasan gombak lagi. yang bestnyer bila sampai temerloh baru aku terjaga. kalau dari ump pulak dari termeloh aku dah ready untuk tidur. kadang2 terjaga jugak masa tengah2 karak highway tu. tapi aku paksa diri sambung balik tidur. kecut perut bila lalu jalan tu. lagi2 kalau naek bas. 

disebabkan itu aku ada habit suka tidur dalam kereta. pantang jalan jauh aku akan terlena. kadang2 tak sedar tetiba je dah sampai destinasi. sabar jela. bapak aku selalu jer perli aku. 


tapi sekarang dah kurang sikit mabuk kereta aku. kalau dulu bapak aku baru pecut 100km/j aku dah kecut perut. tapi sekarang 120km/j aku boleh tahan lagi. tapi jalan luruslah. nie disebabkan oleh classmate aku. dulu masa tahun satu naek kereta dengan dia dibantainyer pecut sampai 180km/j. aku yang duduk belakang pegang kerusi sampai rasa nak terkoyak jer kaen dia. sabar jela.

ZzzzzZZZzzzZzzzzz..!!!!!

You Might Also Like

4 komen dari peminat setia

  1. Gadis Misteri: haha.. terbaek..^_^

    ReplyDelete
  2. hehe, pernah jumpa org mabuk kereta. kesian tengok. if ada ubat, try la kak.. atleast kurang mabuk ;)

    ReplyDelete
  3. fiQRa: mkn ubat yg lemah nie.. heee~

    ReplyDelete

Facebook Badge