teringin nak jumpa naga Tasik Chini.. ngeee~

9:00 AM

ok aku tahu aku dah berjanji. I promise.. this is my last outing for this week.. tapi tu untuk minggu sebelumnye. maknanyer aku tak mungkir janji kalau aku outing lagi kan. aku bukan cakap last outing for this month or for this semester. boleh gila kalau duduk je kat dalam UMP ni. heeee~

pada asalnyer aku rancang untuk amik barang kat adik aku yang sekarang selamat belajar kat UMP Gambang. kebetulan housemate aku pulak nak hantar report dia ke tempat praktikal dekat dengan UMP Gambang. alang2 redah sekali. jadi adalah aku teman. tak dela drive sorang2.

lepas je hantar report, kitorang bertolak ke Chini pulak. rumah housemate aku tu. amik barang dia. alang2 dah jejak kaki ke Chini teringin la pulak nak pergi Tasik Chini. tak pernah lagi benanyer aku ke situ. alhamdulillah aku diberi peluang. jadi bermulala fotoshot kitorang di sana.


pemandangan Tasik Chini yang sangat cantik hampir buat aku rasa tak nak balik. tapi hujan tiba2 buatkan kitorang hanya sempat singgah sekejap je. tapi tak pela sekurangnyer sempat jugak kitorang bergambar. heeee~


yang paling best dapat makan bubur lambok special. selalunyer bubur lambok yang aku makan rasa lemak je. tapi first time makan bubur lambok taruk isi ikan. memang terbaekla. 


thanks Ruby and Fira for the great moment. sangat best. seriusly memang enjoy outing dengan korang berdua. huhu..

Tasik Chini awesome la..!!!!^_^

You Might Also Like

2 komen dari peminat setia