4 tahun di UMP bersama rumet2..^_^

9:00 AM

pejam celik dah masuk bulan sembilan. pejam celik tinggal sehari je training kat HRH. pejam celik dah nak masuk UMP balik. pejam celik aku dah masuk tahun empat. alhamdulillah aku masih lagi diberi peluang untuk pejam celik. ngeeee~

ok stop pasal pejam celik. hari ni aku nak cerita pasal rumet2 kesayangan aku. selama aku tinggal kat UMP banyak kali jugak aku tukar rumet. ni gara2 perpindahan ke pekan. kalau tak, rasanya aku stick lagi dengan rumet2 aku dari tahun satu. rasa serba salah jugak sebab aku menjadi antara penyebab dorang berpecah sekarang.

masa mula masuk UMP aku ditakdirkan sebilik dengan orang kelantan, terengganu and pahang. semua dari pantai timur. aku sorang sesat orang selangor. tapi tu tak membataskan untuk kitorang semua bergaul dengan baek. semua ada ragam masing2. 

bila teringat balik kadang2 tergelak sorang2. rindu sangat saat kitorang sebilik dulu. makan sama2, bukak puasa sama2, sahur sama2, gila2 sama2 dan banyak lagi la yang sama2. yang bestnyer dorang dapat terima perangai gila2 aku masa tu. kalau ikutkan aku bukan paling kepoh dalam bilik. tapi bila ada aku baru bilik tue jadi kepoh. sebab dorang tau aku paling tak kesah kalau kena bahan.

rumet2 yang aku maksudkan ialah elyya, mimie and mieza. dorang la tempat aku mengadu dan lepas tension lepas seharian penat sebab perjalanan ke pekan yang meletihkan. paling seronok kalau musim buah. mesti masing2 akan bawak balik buah langsat. yang paling best kalau ada buah manggis. kitorang kenduri buah dalam bilik. paling tak lupa bila time bahagi2 manggis. heaven giler sebab dapat makan banyak buah manggis. favourite fruit la katekan. huhu.


tahun 2 pulak aku masih lagi sebilik dengan dorang. tapi masuk semester dua aku terpaksa amik keputusan untuk buat permohonan pindah ke pekan. kebetulan ramai senior tahun 4 check out sebab latihan industri. walaupon pada mulanya dorang pujuk aku jangan pindah. tapi aku terpaksa jugak pindah sebab pikirkan masa depan. disebabkan memikirkan masa depan aku terpaksa melepaskan dorang.

kat pekan aku sebilik dengan kelasmate aku. budak terengganu. kitorang panggil dia "bolah" sebab perangai dia yang agak kelam kabut kalau berdepan masalah. nama sebenar wan noor izzati wan ahmad. panjang nama tu tetiba jadi "bolah". mula2 panggil suka2. lama2 melekat. jadi aku pon terikut ter"bolah" sama kat dalam bilik. heeee~

dia ni ada habit maen game yang memang tak ingat dunia punya. sampai aku pon terikut sama. dia lah yang jadi supplier game untuk aku. lagi satu dia ni kaki stalker. yang bestnyer bila dia dah stalker je konfem dia akan bercerita kat aku. aku dari tak kenal seseorang tu terus jadi kenal. tahap stalker dia sampai aku kat sebelah pon kadang2 dia stalker. dun play2. ngeee~


semester berikutnya aku masuk tahun 3. disebabkan kena tukar bilik aku pon tukar rumet. bukan sebab tak suka sebilik dengan dia. pada asalnya aku patutnyer mohon sebilik dengan soulmate aku. tapi tak ada rezeki. tu yang bila ada peluang aku mohon untuk sebilik dengan soulmate aku, alia raihana aka miz raena. orang kedah. duduk dengan dia menyebabkan lidah aku pon bertukar ke slang utara. alhamdulillah kami sebilik untuk semester berikutnya. 


walaupon macam tu, hubungan aku dengan bolah masih lagi tak putus. kadang2 dia datang tidur bilik aku. sebab kami bertiga memang rapat sejak berpindah ke pekan dan bila kami bertiga bergabung macam2 benda gila kitorang buat. tue yang buatkan kehidupan aku kat pekan seronok.


untuk tahun akhir ni pulak aku tukar lagi rumet. kali ni kitorang bertiga decide untuk duduk bilik asing2. alhamdulillah walaupon laen2 bilik tapi kitorang masih seblok dan setingkat. dekat2 jer pon. rumet baru aku ni klasmate aku jugak. tapi disebabkan open registration, semester depan kitorang dah tak sekelas dah. tu yang amik keputusan untuk sebilik. kali ni aku sebilik dengan akak kawasan. kelasmate aku sume duk panggil dia kak long. harap di dapat terima perangai aku selama setahun kitorang jadi rumet nanti.



inilah rumet2 saya..^_^

You Might Also Like

4 komen dari peminat setia

  1. Kenangan kat u memang bestkan :)

    datang la melawat ye.. http://befacloset.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. La Befa: tau xpe.. hehe.. insyaAllah..^_^

    ReplyDelete
  3. wah bertukar2 rumate..sy dulu time study tuka 2 org rumate je..blik sama sampai abes blaja

    ReplyDelete
  4. AsyieqiN Rkey: mula2 x rela jugak.. tp alang2 4 thn.. apa slhnyer.. hehe..

    ReplyDelete