Jom Kenali Blog Saya

8:24 PM

dalam internet yang agak NGENG nie aku tetap jugak nak join segmen nie.

JOM KENALI BLOG GADIS MELAYU

Letak logo ini di permulaan entri sebagai tanda penyertaan segmen ni ..

[image%255B3%255D.png]

klik kat gambar atas nie kalau nak join sekaki.. heeee~

Beri latar belakang secara ringkas kenapa anda buat blog ?

aku buat blog dulu sebab arwah roomate aku yang suruh. nak sama2 ada blog katanyer. tapi disebabkan aku nie masih jahil tentang internet masa tue. blog aku tue terabai. aku lupa kata laluan ngan password untuk blog aku tue. naseb baek kosong lagi.

bila dia meninggal aku jadi lonely. hilang tempat bercerita dan hilang tempat mengadu. selalu jer keluar dari bilik sebab aku tertekan sangat2. rindu sangat kat dia. jadi selalu jugakla kalau ada gap kelas aku lepak kat library online. entah macam mana tergerak hati nak luahkan perasaan dengan penulisan.

mula2 aku buat blog kat Myspace. tapi tak best sebab terhad sangat. lepastue entah macam mana teringat tentang blogspot yang arwah roomate aku kenalkan. jadi aku mula belajar macam mana nak buat blog nie. aku banyak guna google sebagai tempat rujukan. sikit demi sikit aku mula paham tentang blog. dan sekarang aku sayang sangat2 blog aku sebab blog nie la teman istimewa aku sekarang.

nak tau cerita lebih lanjut macam mana tertubuhnyer atia-gadismelayu.blogspot.com. boleh klik SINI.

Jelaskan kenapa anda nak para blogger/ pembaca singgah ke blog anda ?

mulanyer dulu aku buat blog sekadar untuk lepaskan tekanan dan aku jadikan tempat untuk lepaskan geram. tapi makin aku paham tentang blog nie, baru aku sedar dengan blog nie macam2 boleh buat. lagi best dari Myspace, Friendster ngan Facebook. sebab kat blog kita boleh tukar2 pendapat.

bila aku ada masalah aku coretkan dalam blog aku. bila ada orang komen aku jadi seronok. lagi2 bila ada yang sokong dan bagi nasihat kat aku. buatkan aku rasa yang hidup aku nie bukan kosong. dari blog nie aku dapat ramai kawan. walaupown tak pernah jumpa tapi macam dah berkawan lama. nie la kelebihan ada blog.

jadi aku nak sangat2 orang baca blog aku sebabnyer aku nak share tentang hidup aku. aku bukan seorang manusia yang sempurna. jadi bila korang baca tentang aku mungkin korang ada pendapat masing2 macam mana aku nak jadikan hidup aku nie lebih bermakna. ye tak. sharing is caring right..?? hehehe..

Berikan 5 buah blog yang menarik yang mana anda pernah jumpa selama anda mengenali dunia internet ini .


Impian anda terhadap blog anda ?

semoga ape yang aku tulis kat blog nie dapat menjadi kenangan untuk orang yang aku sayang bila aku dah tak da di dunia nie lagi. insyaAllah..

You Might Also Like

20 komen dari peminat setia