raya ketiga gadis melayu

9:00 AM

raya ketiga pulak aku mencatat sejarah baru. aku berjaya memiliki henset idaman aku. walaupown tak dela sehebat mana. tapi hanya tue jer yang mampu aku miliki.

sony ericsson xperia x8.


dah lama aku idamkan henset nie. alhamdulillah ianya sah jadi milik aku pada raya ketiga. aku beli kat The Mines Serdang. tenkiu kat sepupu, pak cik ngan mak cik aku sebab sudi temankan aku pergi beli. aku beli dengan harga RM545. sekali ngan memory card 4gig, cover ngan nombor baru.

kalau ikutkan aku hampir jer beli sony ericsson xperia neo. tapi bila pikir balik buat ape ada henset yang canggih macam laptop sedangkan laptop dah ada. bukan tiap2 hari guna pown. tapi aim aku lepas aku graduate aku nak memiliki sony ericsson xperia neo pulak. tak kisah la masa tue dah ketinggalan zaman ke pe. janji aku dah jatuh cinta kat henset nie. harga ditawarkan kat aku masa tue RM1000. tapi pikir punye pikir aku belajar lagi. tak perlu la guna henset mahal2. ye tak.


malam nyer pulak kitorang pergi tengok wayang. cerita hantu bonceng. entahla aku pown tak tau nak cakap cerita nie best ke tak. ada babak yang kelaka. tapi kadang2 menyentuh sensitiviti. macam kurang ajar sikit pown ada jugak. pendapat aku la cerita nie patot dilabel sebagai movie 18 tahun ke atas. sebab budak2 tak sesuai tengok cerita nie.

Filem Hantu Bonceng

nak tau kenapa aku cakap macam nie..?? kalau nak tau tengok la sendiri. kadang2 ape salahnyer support citer melayu ye tak. hehehe..

ape pown cerita nie mengisahkan seorang mat rempit bernama Amran (lakonan Zizan raja lawak) yang kemalangan semasa membawa bohsia (lakonan juliana evans) yang dimenanginyer. biasela lumba haram. hadiah pown memang haram. tapi Amran bernaseb baek sempat menyelamatkan diri. manakala bohsia yang membonceng motosikalnyer mati akibat kemalangan tue. hantu bohsia tue sentiasa menghantui hidup Amran kerana mayatnyer masih belom dituntut sesiapa. atas bantuan Halimaton (lakonan Jue Aziz) yang merupakan kekasih Amran, akhirnyer mereka berjaya menyempurnakan hasrat terakhir hantu tersebut. tapi kes laen lak yang timbul. kes ape..?? lu tengok la sendiri. hehehehe..

bagi aku cerita nie boleh la sekadar melepaskan boring. biase2 jer. lawak memang lawak. tapi lawak dia kadang2 melampau. aku pown tak tau camner nak terangkan. korang tengok jela. ngeeeee~

balik UMP nanti dah tak de peluang tengok wayang..>_<

You Might Also Like

1 komen dari peminat setia

  1. zizan nye lawak tak lawak pon mlainkan johan ada untuk support lawak die..ntah..

    ReplyDelete