BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !

10:34 PM


klik pada banner untuk join. sebelum pukul 12tengah malam nie..

Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan .

pengalaman aku tak de la menarik sangat. tapi peristiwa nie membuatkan aku teruskan berusaha untuk menggapai segulung ijazah. sebelum aku ceritakan ape yang berlaku, aku nak perkenalkan serba sedikit tentang ibu aku(alang2 suruh buat 100 patah tak salah kan.. ngeeeeee~)


nama penuh orang yang sangat aku sayang nie Hafsah Bt Ayub. lahir pada 9 Mac 1963(terkilan tak dapat sambut birthday ibu sama2 tahun nie..). lahir di pelabuhan Klang, Selangor dan sekarang menetap di Klang bersama keluarga tercinta. rasanya cukup la kan pengenalan diri ibu ku.


berbalik pada citer. ceritanya bermula macam nie. masa tue kitorang baru sampai kat rumah kakak sedara aku. masa tue kakak sedara aku buat kenduri cukur jambul anak dia. rumah kakak sedara aku tue terletak kat kajang. tetiba ibu aku bersuara.


ibu: cantik rumah nie..
aku: tau tak pe.. heeeeee~
ibu: halaman dia besar boleh letak 4 bijik kereta..
aku: best jugak boleh maen kejar2.. hihihi..
ibu: nanti ko dah kerja ko belikan ibu satu rumah camni..
aku: gulp...~(terkesima kejap)


tak sangka ibu aku memasang harapan macam tue. aku terharu sangat2. tak sangka ibu aku menyatakan hasrat dia tue kat aku. bukan kat adik2 aku. rasa bangga sangat. sebab aku tau ibu cakap macam tue sebab ibu yakin aku akan jadi seorang yang berjaya satu hari nanti. tue yang ibu tak teragak-agak untuk mengharap kat aku.


insyaAllah ibu tia akan tunaikan hasrat ibu tue. tapi tia mintak ibu doakan tia kuat hadapi semua cobaan yang tia akan hadapi untuk menggapai cita2 tia. tia sayang ibu sangat2..♥♥♥♥♥♥♥


Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ? hehehe...


sudah pastinyer aku lebihkan dua2 sama rata. sebab dua2 yang bertanggungjawab bawa aku ke dunia nie. kalau tak de salah seorang dari mereka mustahil la aku ada kat bumi nie kan. jadi aku sayang kedua-duanya sangat2..


Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ?

TIDAK... sebab aku sayang dorang sangat2. lagi pown aku berusaha belajar sungguh2 selama nie bukan untuk diri aku jer. tapi untuk mereka jugak. hasrat aku dari kecik sampai sekarang ialah memberikan kesenangan hidup kat mereka. aku sentiasa berdoa aku takkan jadi seorang yang lupa diri. aku tak nak jadi kacang lupakan kulit. semoga aku berjaya capai ape yang aku impikan.. amin..


Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka ..

aku tak da pendapat sebab aku sendiri tak berani nak cakap camner. sebab diri aku sendiri belum tetntu lagi baik. tapi yang aku tau aku akan cuba yang terbaik untuk cari harta dari usaha sendiri tanpa harapkan harta ibu ngan bapak aku. dan aku akan cuba senangkan dorang ngan titik peluh aku sendiri. huhuhu..


saya sayang ibu dan bapak saya..!!!!^_^

You Might Also Like

9 komen dari peminat setia