test=disaster..

9:23 PM

hari nie aku berjaya menyelesaikan dua test dengan kantoinya. pertama test statistic dan yang kedua engineering lab. yang kelakarnya dua2 test nie aku datang lambat. malu jugak. tapi lantakla. nak buat macam mana. bukan sengaja pown. tapi tercungap-cungap jugak la berlari.

mula ngan test math. aishhhh. memang tension la. tetiba blur. tak tau nape tak leh jawab lansung soalan. sedangkan soalan lebih kurang tutorial jer. aku dah jawab semua kowt. nape tak leh jawab gak. dah la masa suntuk. tak tau la ape aku merepek kat kertas jawapan. adeih.

petang pulak test asessment engineering lab autotronic. kena buat individu. memang mencabar la. entah macam mana aku boleh kalut lak tetiba. bile lecturer datang nak test aku punya, aku tak siap lagi kowt. kelam kabut aku duk pasang benda tue. naseb baek lecturer tue pindah ke orang lain dulu. tapi last2 alhamdulillah menjadi.


 
 

berserabut giler litar. tapi tak pela sekurangnya menjadi. encik tue kata full mark. tapi tak tau la betul ke tak. harap2 betul la.

esok test analog ngan EMT pulak. doakan aku ye semua..^_^

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia