I am a dancer

9:43 PM

perlu ke aku mengaku yamg aku nie penari. sedangkan dah dekat setahun aku berhenti menari. tapi aku berhenti menari bukan atas kehendak aku. disebabkan oleh sebab2 tertentu yang tak dapat dielakkan. 

tadi aku bukak folder gambar aku masa zaman matriks. hidup aku kat matriks sangat happening. salah satu sebabnya ialah aku adalah penari. menari boleh buat aku hilang tension. menari jugak jadikan aku seorang yang kuat dan penyabar.

jadi seorang penari nie bukan sesuatu yang mudah. lagi2 orang badan besar macam aku nie. mula dengan bahagian pergerakan. aku nie pada mulanya seorang yang keras. nak lentur badan memang payah. untuk pengetahuan korang, aku nie bukan seorang yang elastik. kalau nak rukuk sekalipun, susah sangat. 

sebab pinggang aku keras. kalau ada ujian jangkauan masa sekolah dulu, mesti aku dapat kosong. sebab tangan aku tak boleh capai kaki kalau kaki melunjur lurus.korang paham tak macam mane..?? lebih kurang macam gambar bawah nie la.


serius aku tak boleh buat macam tue. tangan aku hanya boleh sampai takat lebih sikit dari lutut. dari kecik lagi aku tak boleh buat. kalau nak kate aku tak boleh buat sebab aku nie gemok, ramai lagi orang yang lagi gemuk dari aku boleh buat. jadi saiz badan bukan sebab la kalau tak boleh buat benda nie.

selain dari tu, aku tak boleh bengkok lutut aku lama2. badan berat la katakan. semua tarian asli memerlukan penarinya membengkok lutut. baru dikatakan tarian tue nampak cantik. benda tue asas utama dalam setiap tarian. 

dulu aku selalu kena marah sebab susah sangat nak bengkok lutut. tapi lama2 belajar akhirnya aku dapat menguasai posture badan penari yang betul. tapi yang pasti aku menanggung kesakitan yang teramat. bak kata cikgu tarian aku 

"kalau nak tau posture kita betul ke tak masa menari, esok pagi bangun tidur sakit badan ke tak..?? kalau sakit maknanya betul la posture kamu tue." lebih kurang macam tue la yang dia cakap.


seorang penari jugak perlu mempunyai lutut yang kuat. sebab banyak tarian tertumpu kat bahagian lutut. selalunya dalam tarian lutut akan jadi penahan badan. bayangkan badan aku yang besar nie. memang susah nak tampung. nasib baek lutut aku kuat. kalau tak kuat mau patah kaki aku. hehehe..

ape yang aku suka tentang tarian nie ialah pertama aku suka pakai kostum cantik2. hanya masa menari jer kita dapat peluang pakai baju2 tradisional nie. kalau pakai time biasa2, memang kena kutuk la wei. buat masa nie banyak baju tarian yang pernah aku pakai. kalau nak usha klik kat SINI.

keduanya aku suka make up tebal2. bayangkan foundation jer wajib lebih dari 3 lapis. aku tak pandai make up. jadi masa menari niela merasa di make up oleh orang. ala2 kena make up ngan mak andam gitu. mula2 aku kekok jugak. selalu kena marah sebab muka bergerak-gerak. lagi2 tang mata. 

tapi lama2 ok la. tapi tetap gak loklak sikit2. sampai adek duk panggil aku itik. mula2 aku pelik awat mamat nie panggil aku itik. rupa2nya sebab mulut aku selalu muncung masa dia make up. adeih..


dan lastly aku suka menari sebab aku dapat mencapub. hehehehe.. aku nie dulunya seorang yang malu depan kamera. tue yang aku kurang gambar masa kecik2 dulu. tapi sejak jadi penari, hard disk laptop aku penuh ngan gambar jela. sebab tue la salah satu sebab nape aku buat blog . sebab kat blog jer aku boleh citer panjang2 pasal gambar. kalau kat fb terhad. huhuhu..







tue je kowt aku nak merepek pasal tarian nie. aku bukan pe. aku terlalu rindu nak menari. tak tau la lepas nie ada peluang ke tak untuk aku menari. wait and see jela..

love dance no war..!!!!!!^_^

You Might Also Like

2 komen dari peminat setia

  1. wahh. hebat. penari dan juga sorang blogger! WOOOO

    ReplyDelete
  2. dulu2.. sekarang dah pencen.. huhuhu..

    ReplyDelete

Facebook Badge